Assalamualaikum...
Ambil nafas dulu pagi ni. Maaflah boss saya curi masa sebentar ye update blog.
Sempena birthday ke-13 Kyra hari Selasa haritu Abah & Ammi belanja kakak steamboat je sebab itulah request dari sang puteri ini.
Sampai rumah baru ammi terhegeh-hegeh cari tempat steamboat.
Ke Pak John jelah kita.. dulu selalu aja makan kat Pak John di e-Curve tapi hari bekerja ni memang tak lalulah nak gi situ. Nak hadap jam orang balik kerja. Jadi pergi ajalah yang dekat IOI City Mall ni. Dekat sikit dengan rumah.
Ni memang first time makan kat IOI..sebab pergi ke mall ni pun baru 2-3 kali je hikhik.
Gerak dari rumah dalam 6.40 petang..sampai sana cun-cun je azan. Kita buat yang wajib dulu pastu baru tenang hati nak melantak. Ammi yang bercuti ni duduk tepi tengok gelagak manusia.
Ya Ampun...mandi ke ambik wudhu anak dara ni?
Ehhhh...siapa kata dia tak pinjam beg yang ada nama Ammi?
Ayat dia.."harini birthday kakak, boleh tak kakak nak pinjam bag ammi bawak telekung?"
Halalalalalala...nak bawak telekung takkan nak kata tak boleh? Pandai pancing ye.
Pot disini berkuahkan kari, pot depan birthday girl dia pilih Chicken Soup.
Ammi tak ambil gambar sangat pun sebab bila dah start makan macam tak kuasa nak comotkan phone. Dudukkan je phone tu diam-diam dalam bag.
Ammi agak kurang suka dengan outlet ni.
Pilihan utama Abah & Ammi kalau ke Pak John adalah kuah kari dia. Tapi kat outlet IOI ni kari dia hmmmmm serius tak sedap. Tawar hebeh bila nak hirup dia semata memang tak mari langsung.
Banyak juga tray marinated seafood yang kosong..
Tray makanan siap dimasak yang kosong bekasnya
Sayur bayam dia yang masih ada lumpur...(ammi siap panggil staff disitu dan maklumkan sayur dia tak bersih, taktaulah dia buat ke tidak)
Tulah...pendek kata bila sesuatu tempat tu ada franchise, belum tentu standard dia akan sama macam main branch dia.
Takpelah.. janji Kyra puas hati dapat makan steamboat dengan kuah sup dia. Brapa mangkuk aiskrim dia makan ntah, waffle lagi. Dia mmg penggemar benda-benda manis camni.
Hadiah Kyra ammi tak sempat beli pun lagi. Sebenarnya nak beli last weekend tapi hujan tak henti-henti dan KL pun banjir. Maka kita hold dululah.
Ammi ni tak reti nak bagi hadiah surprise2...so ammi tanya what she wants for her birthday. Senang, dia tau apa yang dia nak asalkan dalam budget Abah Ammi la kan.
Hadiah yang dia request tu buat abah & ammi berpandangan dan rasa auto sebak. Don't worry we will definitely get it for you.
8 Comments
wah..macam kenal la handbag dan jutebag tu hehehhe....xper la ammi..sharing is loving kan..kakak dania pun macam tu gak..baju, kasut semua dia rembat
ReplyDeletetk pernh lg makan steamboat kt pak john
ReplyDeleteha ha..aku ckp bag tu dia x pinjam gak, salah tekaan ku. but aku ngan iris sekarang ni pun.sama la cam ko
ReplyDelete. dapnye, lama x makan steamboat....emmm...
hadiah apa agaknya yg dia request buat ko sebak tu, curious di situ...
betul la tu, franchise tak semestinya rasa dan servis standard. tak apalah asalkan birthday girl happy
ReplyDeleteSeronoknya sekali sekala celebration macam ni...
ReplyDeletehappy birhtday kyra!!
ReplyDeleteSeronok dia dapat makan yang dihajati. Bagi chance lah birthday dia kan. Hihi..ala tak syok pulak bila rasa tu tawar. Patutnya setiap franchise kena jaga kualiti kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. seronok birthday girl.. Happy Belated birthday buat Kyra..
ReplyDeleteSha pun sama macam Ammi, suruh anak-anak pilih sendiri hadiah yang diorang nak.. Asalakan dalam budget biasanya emmang bagilah.. senang..