Bulan October haritu ammi bawa Khilfi untuk ke Klinik Orthopedik HKL. Klinik yang ammi pergi ni sebenarnya dikhaskan untuk orang dewasa tapi masa ammi call Doctor tu (kebetulan doctor ni kawan pada boss ammi dan dia tolong recommendkan ammi ke sana) doctor tu kata "it's ok just bring your boy, we'll see what we can do".
Ammi ni perasan lepas peristiwa Khilfi jatuh tangga di sekolah pada awal Januari 2020, dia start terhencot-hencot ("limping"). Mula-mula tu ingat sebab berat badan dia yang naik mendadak masa PKP tapi teruk nau. Bila dia berdiri pun kaki dia tak boleh ke depan. Dia akan terbuka ke kiri dan kanan.
Ini bukaan kaki dia sewaktu dia perasan ammi ambil gambar. Kalau tak tu lagi terkuak kakinya especially kaki kiri.
Selepas X-Ray (tak nampak apa masalah) dan Ultrasound (baru nampak masalahnya)..makanya doctor di HKL kata dia akan setkan Khilfi untuk buat Fisiotherapy di Bahagian Ortopedik Kanak-Kanak HKL dan pada masa yang sama dia suggest Ammi berjumpa dengan pakar Ortopedik Kanak-Kanak di UM Specialist Centre dan bagi satu surat rujukan.
Dan ammi pun buatlah temujanji. Buat temujanji dengan UMSC ni sangat senang. Semua dihujung jari je.
Cara membuat temujanji dengan UMSC
- Layari laman (https://umsc.my/take-a-request-appointment/)
- Isi borang yang ada dan ikut arahan macam di gambar.
- Submit je request, dalam less than 30 minute (mungkin bergantung pada keadaan semasa) akan ada staff UMSC (staff doctor yang dipilih) call dan confirmkan appointment dan dia akan explain tentang apa nak bawa, berapa ringgit nak bawa sebab ini adalah Specialist Centre. Maka akan ada bayaran deposit dikenakan.
Appointment asal kami adalah pada 3/12/2021.. tetapi bila KL menang Piala Malaysia appointment pun terpaksa ditukar.
Apparently UMSC (Bahagian Ortopedik ni) berada di sempadan PJ dan Lembah Pantai. Jadi kebetulan bahagian klinik ni cuti. Hahahha..gituuuuu.
Dan petang nilah tarikh temujanji tu. Berdebar gak. Apalah nasib kaki anak bujang ammi ni. Pagi ni ammi kerja...tengahari karang sebelum Abah ke solat Jumaat Abah droplah si bujang tu kat office ammi.
8 Comments
kesian Khilfi .. sakita tak kaki dia tu. lama menanggung tu semoga cepat sihat ye sayang
ReplyDeleteSalam Jumaat Ammi, semoga dipermudahkan urusan Ammi dan Khilfi juga baik-baik saja dan dipermudahkan urusan fisionya dan kembali sihat. Aameen.
ReplyDeletemoga x de apa2 yg serius.. in sya Allah
ReplyDeleteSemoga dimudahkan urusan & Khilfi cepat sembuh..
ReplyDeletesemoga kaki anak bujang Ammi x mengalami apa2 masalah yg serius ye. Kita sebagai ibubapa mmg risau jika jadi apa2 kat anak2...
ReplyDeleteBTW, cuba check blog abe kie sama ada masih slow loading. Dah deactivate widget2 yg x penting. Harap2 laju la sikit. TQ.
Semoga tiada yang serius dan cepat baiknya nanti. Aaaminn....
ReplyDeleteAlahai...kesiannya si bujang Khilfi tu...kena buat cepat..dia semakin membesar kan...semoga cepat sembuh
ReplyDeleteAllah.. Sian dia..
ReplyDeletesemoga dipermudahkan semua urusan Ammi dan Khilfi..