Pssstttt...radio dalam kereta ammi dah ok.  Camna boleh ok ntahlah.  Haritu abah hantar kereta ke bengkel sebab ada masalah gearbox tau-tau 3 hari selepas itu waktu nak ambik semula kereta ehhhhh dah berbunyi radio ni.  Abah kata takdalah pulak mintak dorang check radio..

So, semalam dalam kereta ammi dengarlah radio apa ntah..DJ buat segmen lagu kenangan camtulah.  Ada yang request lagu XXX sebab itu kenangan dengan isteri masa bercinta.  Lagu YYY sebab lagu tu buat dia bangkit.

Ammi teringat lagu ni..Arwah Aca suka nyanyi lagu ni memalam bila nak tidurkan kitorang.  Walaupun lagu ni lebih sesuai untuk Arwah Aca nyanyikan ke Arwah Mama tapi ehhhh we ollsss pun permaisuri hati Aca jugak.  Nak-nak anak Aca yang no. 2 tu...si Sheila tu.  Ehhhh dia punya level ngengada dengan bapak dia melampau-lampau.  Buruk betul perangai dak Sheila tu.

Ammi ingat masa kecik dulu ammi ni banyak akal sikit..dan orang yang selalu akan backing ammi adalah Aca.  Ayat Aca pada mama adalah... No. 2 will always be No. 2.  See hanya anak kedua saja yang memahami perangai anak no. 2.


Tidurlah Wahai Permaisuri

Tidurlah tidurlah
Wahai permaisuri
(Tidurlah wahai permaisuri)

Tidurlah wahai permaisuri
Tidurlah pejam mata ahai tidur nyawa

Ku dendangkan
Ku nyanyikan
Duhai puteri jelita

Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua 

Ku berjanji wahai dewi suci
Kaulah permaisuri
Bersumpahlah dalam hatimu
Bahawa kau kekasihku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah kamu
Permaisuri tidurlah
Permaisuri tidurlah


Suara Jamal Abdillah ni..perghhhh sapa je yang boleh nak sangkal yang suara dia memang sedap didengarkan.