Tidurlah Wahai Permaisuri

Pssstttt...radio dalam kereta ammi dah ok.  Camna boleh ok ntahlah.  Haritu abah hantar kereta ke bengkel sebab ada masalah gearbox tau-tau 3 hari selepas itu waktu nak ambik semula kereta ehhhhh dah berbunyi radio ni.  Abah kata takdalah pulak mintak dorang check radio..

So, semalam dalam kereta ammi dengarlah radio apa ntah..DJ buat segmen lagu kenangan camtulah.  Ada yang request lagu XXX sebab itu kenangan dengan isteri masa bercinta.  Lagu YYY sebab lagu tu buat dia bangkit.

Ammi teringat lagu ni..Arwah Aca suka nyanyi lagu ni memalam bila nak tidurkan kitorang.  Walaupun lagu ni lebih sesuai untuk Arwah Aca nyanyikan ke Arwah Mama tapi ehhhh we ollsss pun permaisuri hati Aca jugak.  Nak-nak anak Aca yang no. 2 tu...si Sheila tu.  Ehhhh dia punya level ngengada dengan bapak dia melampau-lampau.  Buruk betul perangai dak Sheila tu.

Ammi ingat masa kecik dulu ammi ni banyak akal sikit..dan orang yang selalu akan backing ammi adalah Aca.  Ayat Aca pada mama adalah... No. 2 will always be No. 2.  See hanya anak kedua saja yang memahami perangai anak no. 2.


Tidurlah Wahai Permaisuri

Tidurlah tidurlah
Wahai permaisuri
(Tidurlah wahai permaisuri)

Tidurlah wahai permaisuri
Tidurlah pejam mata ahai tidur nyawa

Ku dendangkan
Ku nyanyikan
Duhai puteri jelita

Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua 

Ku berjanji wahai dewi suci
Kaulah permaisuri
Bersumpahlah dalam hatimu
Bahawa kau kekasihku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah kamu
Permaisuri tidurlah
Permaisuri tidurlah


Suara Jamal Abdillah ni..perghhhh sapa je yang boleh nak sangkal yang suara dia memang sedap didengarkan.


Post a Comment

23 Comments

  1. nenek atok mana yang tak sayang cucu ammi oi...pastu bila kita ada anak mak pak kita lebihkan anak kita, kita lak jeles heheheh...

    lagi ni memang syahde, sore jamal ni memang tak pernah tak best... dengan mendayu2 nya tu

    ReplyDelete
  2. emm..memang lena la kalu ada org nyanyi kan lagu ni, syarat suara sedap mcm jamasl jugak.. he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..kalau sedap sangat kang tak jadi tidur pulak..

      Delete
  3. lagu2 lama ni memang sedap di dengar, tak mcm lagi sekarang, kadang2 ntahape2ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu sekarang ada yg bagus...tp kebanyakkannya syok sendiri. bulan ni release 4 bulan lagi org tak ingat dah

      Delete
  4. Ini memang buat rasa hendak tidur.

    ReplyDelete
  5. sesuailah lagu ni kalau ayah nyanyikan untuk anak sebab nak suruh anak tido. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah..nak-nak ada anak yg ngengada manja tak kena tempat macam ammi ni

      Delete
  6. betul ammi anak no 2 mmg special sikit kat. huhu lagu ni mmg best sgt tak pernah jemu dgr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg kata gitu.. selalu tak perasan apa yg special. nampak terlebih "akal" adalah. plg buas, plg lasak

      Delete
  7. Untung la... repair geatbox, radio baik... 2 dalam 1

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..org yg repair tu semak agaknya pasang radio radio tak bunyi

      Delete
  8. Suka la lagu ni...dulu masa Dania baby selalu nyanyikan lagu ni....sebek2 la muka dia bila mama dia nyanyi...bukan apa..lagu ni melodi nya sayu kan...

    ReplyDelete
  9. Macam kurang familiar lagu ni Ammi. huhu...

    ReplyDelete