Geran Probet seperti yang di dalam entri yang lepas adalah satu dokumen yang perlu dipohon oleh Wasi (orang yang dinamakan di dalam wasiat) di Mahkamah Tinggi.
Antara dokumen yang diperlukan oleh Wasi adalah seperti berikut:-
- Wasiat asal yang sempurna dan sah (dengan kehadiran saksi yang layak);
- Sijil kematian (asal dan salinan) dan kad pengenalan si mati yang telah diakuisah;
- Salinan kad pengenalan wasi-wasi; dan
- Senarai Aset dan Liabiliti simati.
- Saman Pemula Ex-Parte (untuk memulakan sesuatu tindakan Mahkamah);
- Afidavit Sokongan (untuk menyokong permohonan Saman Pemula yang mana akan diekshibitkan dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas);
- Afidavit Menyaksi Wasiat (diikrarkan oleh 2 orang yang menjadi saksi ketika wasiat ditandatangani);
- Notis Perlantikan Peguamcara
- Sumpah Pentadbiran;
- Notis Perlantikan Peguamcara (sekiranya belum difailkan dibahagian 1);
- Senarai Aset dan Liabiliti; dan
- Senarai Benefisiari (Waris).
Kos Pemfailan Dokumen di Mahkamah
1. |
Saman Pemula Ex-Parte |
RM160.00 |
2. |
Afidavit-afidavit
|
RM
16.00 (setiap satu) |
3. |
Notis Perlantikan Peguam |
RM
16.00 |
4. |
Notis Pengeluaran Geran |
RM400.00 |
5. |
Engrossing |
RM
40.00 |
6. |
Sumpah Pentadbiran |
RM
16.00 |
7. |
Senarai Aset & Liabiliti |
RM
16.00 |
8. |
Senarai Waris |
RM
16.00 |
Lain-lain kos
Setiap afidavit perlu diikrarkan dihadapan Pesuruhjaya Sumpah yang mana cajnya telahpun ditetapkan.
Afidavit Sahaja: Asal (RM10.00) dan salinan (RM5.00)
Ekshibit / Lampiran: Asal (RM5.00) dan salinan (RM2.00) bagi setiap ekshibit.
Secara kasarnya disbursement (tidak termasuk caj peguamcara) untuk mendapatkan Geran Probet adalah sekitar RM800.00. Kos ini boleh ditolak dari harta pusaka kelak.
Setelah Geran Probet diperolehi, barulah Wasi boleh ke jabatan-jabatan lain, bank, KWSP dan sebagainya untuk memulakan proses memindahkan, mengeluarkan, membahagikan harta-harta seperti yang telah diwasiatkan.
14 Comments
Terima kasih share Ammi. Ni nak kena baca betul betul dan faham :)
ReplyDeleteperkongsian yang berguna kak, tq
ReplyDeletegood sharing.. tq beb!
ReplyDeleteterima kasih perkongsiannya. bagus ni.. ni lah first time pun dengar perkataan PROBET (ingatkan bahasa pasor english untuk pervert haha)
ReplyDeletekena baca dan faham ni
ReplyDeletebab2 cmni ciknur adoiii memang failed
tp kena ambik tahu kn
ada tnh yg arwah pak kongsi adikberadik
good sharing dear!
ReplyDeleteDahulu masa study ada ambil subjek probate. Tak pernah terlintas apabila dalam BM jadi comel - probet :)
ReplyDeleteKita baru tahu apa itu probet. Menarik perkongsian ni.Tq Ammi.
ReplyDeleteNotis pengeluaran geran probate tu kena fail atau mahkamah yang keluarkan
ReplyDeleteNotis akan dikeluarkan oleh pihak Mahkamah dan diberikan pada peguam pada hari pendengaran. Peguam kemudian perlu menggunakan notis tersebut dan buat bayaran sebanyak 400+40 di sistem e-filing
DeleteNotis pengeluaran geran probate and Engrossing tu kena fail ke atau terus dikeluarkan oleh mahkamah untuk bayaran selepas pendengaran ??? tak faham
ReplyDeleteNotis Pengeluaran Geran tu pihak Mahkamah yang keluarkan. Akan diserahkan pada peguam pada hari pendengaran ataupun sekiranya pendengaran melalui atas talian, notis akan diemelkan pada peguam. Notis tu cuma macam sekeping kertas yang atas tu tulis apa perlu dibayar..apa next kena buat. Lawyer akan biasanya guna notis tu dan buat bayaran secara e-filing (atas talian) sebab tiada borang lain.
DeleteSelepas bayaran untuk notis pengeluaran geran & engrossing (RM440.00) dibuat baru pihak Mahkamah akan keluar Geran Probet yang termeterai yang kita boleh bawa ke bank, pejabat tanah dsb.
Harap penjelasan saya membantu. Sila berhubung dengan peguamlah untuk memudahkan proses
boleh saya tau berapa lama masa boleh dapatkan geran selepas buat pembayaran notis pengeluaran geran melalui efiling?
ReplyDeleteTerpaksa ke appoint peguam untuk memohon Geran Probet? Boleh tak wasi buat permohonan sendiri?
ReplyDelete