Hari ke-2 (Khamis, 6/1/2022) ammi di ward dimulai dengan bangun pukul 4.30 pagi, buat air panas makan bun 2 ketul.  Lepas makan terus tidur sebab gila punya ngantuk gara-gara dok layan drama.  

Jam ammi biasanya ada bunyi azan subuh tapi serius ammi tak dengar.  Sudahnya pukul 6.40 pagi baru terjaga.  Hambikkkkkkkkk terus zas bangun terkejut buat apa yang wajib.  

pre-surgery, laparoscopic

Masa bangun "sahur" tak nampak mende alah ni.. masa subuh baru perasan.  Memang hebat syaitan oles mata ammi biar tak bangun subuh.  

Settle solat ammi tengok jejiran macam tidur je lagi, ammi pun ambil peluang mandi awal.  Basuh rambut beriya-iya yelah lepas operate kang kita pun taktau apa keadaannyakan.  Ammi duduk bilik berempat sebab itulah yang mampu ammi subscribe untuk insurance tahun 2007 dulu.  Masa tu fikir asal ada insuran je.  Bila dah agak selesa keadaan terlupa pulak nak review dan upgrade.  Takpelah...ini pun dah selesa.  Last ammi guna insurance ni tahun 2013 pastu tak guna dah sampai 2022 ni.  Hukalohhhhh.

Dalam pukul 9 lebih nurse tolak ammi ke Stress Test Room.  Doctor suggest untuk buat Echo test sebab nak pantau betul rhythm jantung ammi.  Walaupun ECG semalam kata ok tapi berdasarkan pengalaman ammi yang lama...ECG tu sebenarnya tak berapa nak tepat pun.  Dia pantau ala kadar je.

Echochardiogram ni adalah satu ujian terhadap tindakan / rhythm jantung menggunakan gelombang ultrasound untuk menghasilkan paparan visual untuk memudahkan doctor membuat diagnosis tentang masalah jantung seseorang.

Stress test


Echo ni sebenarnya agak sakit jugaklah.  Sebab dorang akan guna alat tu dah tekan sikit di bahagian bawah jantung, rusuk.  


(Photo sumber dari Google).

Nilah lebih kurang.  Tapi sebab ammi ni perempuan makanya ammi berbajulah. Dan sonographer tu pun ammi tengok sangat menjaga batas dia.  Memang dia tak pandang langsung badan ammi, dia hanya pandang monitor je dan ada nurse perempuan kat dalam ruangan tu juga.

Selesai Echo, naik ke bilik sementara tunggu dibawa ke dewan bedah ammi sempat lagi layan marathon drama.  Pukul 11 ammi tukar guna uniform yang dia bagi tu, sambung lagi tengok drama dan lebih kurang 11.45 ammi dah dapat signal untuk ditolak.  Ok..baru terasa debarannya.  Simpan wallet dan handphone didalam peti besi (siap bagi password peti besi kat abah) yelah manalah tau malang tak berbau.

Sampai di ruangan menunggu kat bilik bedah tu, Ya Allah punyalah sejuk.  Sambil mulut berzikir, hati berdebar, mata terpejam...sedar-sedar eh tertidur pulak.  Masuk kat the real OT lagi sejuk.  Nurses pasang apa yang patut ammi dah tak toleh kiri kanan.  Pejam mata sambil zikir tak henti.  Kemudian Doctor Bius sampai dan minta mengucap, nurse di sebelah kanan nurse mintak tarik nafas, hembus tarik nafas hembus sedar-sedar nurse dok panggil nama ammi.  

"Puan Sharmila, Puan Sharmila....kita dah selesai ye.  Puan Sharmila...boleh buka mata?" Buka mata tutup, buka mata tutup.  Tapi ammi ingat ammi cakap nak muntah.  Itu memang trademark ammi sesangat.  Serasanya  ammi muntah disetiap operation ammi dan akibat dari muntah adalah..balik bilik tak boleh makan.  Padan muka ko.  Muntah lagi.  Yang paling syahdu masa operation jantung kat Hospital Serdang dulu.  Disebabkan masa operate jantung tu ammi separa sedar (ammi pening masa procedur dan muntah atas katil pembedahan).  Melampau ko ye.  

Lebih kurang pukul 6 lebih rasanya baru ammi sedar yang "sedar betul"...minta nurse ambilkan handphone dari peti besi dan ammi terus call abah.  Orang tak guna je tak sayang isteri kan...punyalah dia ucap alhamdulillah bila dengar suara ammi sebab katanya lama sangat nak tunggu berita dari ammi.  Yelah zaman covidavidaloca ni bukan boleh ada waris tunggu kat hospital pun.  

Lepas tu ammi terlelap balik (punyalah mengantuk rasanya)... sedar bila nurse bagi air coklat (coklat lagiiiii) dan ubat untuk dimakan.  Dia kata ada bubur dan boleh makan pukul 9 nanti.  Settle makan ubat ammi gigih jalan ke bilik air bersihkan apa yang patut, naik katil eh tertido balik sampai ke pagi.