Day 3 - CAH Cheras

Alhamdulillah bangun pagi di hari ke-3 di ward (Jumaat, 7/1/2022) ammi rasa lebih segar.  Dah takde episod tido bangun tido bangun tak sedar lagi.  

Panggil nurse mintak cabutkan drip kejap.  Slowly bangkit dari katil, cari baju seluar dan berjalan ke bilik mandi.  Satu masalah dalam toilet ni adalah tak ada kerusi.  Letak le satu plastic stool ke apa kan untuk senang orang "sakit" nak mandi. 

Time ni la pulak rasa nak batuk bagai.  Cecepat gi ke toilet bowl dan duduk baru cari cara nak batuk.  Sebab ammi teringat plak kejadian dalam toilet tahun 2013 tu.  Main batuk je lepas operation, sudahnya pitam dalam bilik air sebab ntahlah apa sebabnya pun tak tau...seriau.

Yang ni ok...batuk berhati-hati sambil tahan perut.  Gila tak puas batuk manja-manja ni. 

Settle mandi, eh dah sampai sarapan yang memang ammi tunggu.  Lapar kemain lagi.  Lepas makan mehlah sambung tengok drama.  Tak sudah-sudah ko pandang muka Amelia Henderson tu...

Kisah Cinta Kita


Lawa sangat dia ni di mata ammi.

Part Datin Laila (lakonan Khaty Azean) tu je mesti ammi fast forward...nyampah pulak tengok perangai manusia yang tak sedar dek untung ni.

Sebelum lunch doctor yang operate ammi datang check.  Masa tu ammi baik punya baring mengiring sambil makan kopok dan tengok drama.  

Doctor:  Wahhhhh sihat sangat dah nampaknya ni.  
Ammi:  Buat lembik nanti lama pulak doctor simpan saya kat sini.

Doctor check luka, check drip dan dia kata bila drip habis dalam pukul 3 turun ke bilik dia untuk nak tengok video surgery semalam.  So, lebih kurang 3 nurse bawak ammi gi jumpa doctor dan kita pun buatlah tontotan wayang gambar.

Tengok dari video tu nampak procedure pertama (Laparoscopic tu lebih kurang 1.04 minit) dan procedure ke-2 (D&C) sekitar 20 minit.

GAMBAR DIBAWAH AGAK TIDAK SELESA UNTUK DILIHAT. 
SILA SCROLL LAJU BUAT YANG TIDAK BERMINAT. 

Endometriosis surgery, laparoscopic


Harap maaf pada yang tak boleh tengok.

Ni sebahagian dari rakaman yang ammi print screen.  Sendiri punya perut, sendiri tengok sendiri pening.  Tapi ammi gigih gak tengok dengan doctor dan dengar review doctor.  Appreciatelah kerja dia.  Kesungguhan dia untuk bakar, dan buang cyst / endometriosis yang banyak macam jerawat kat dalam tu.

Menurut doctor, banyak yang dia bakar tu adalah cyst yang baru nak jadi dan rahim ammi agak bengkak.  Itu tanda-tanda wujudnya adenomyosis.  

Selesai menonton (eh mcm tonton filem pulakkan)...naik bilik buatlah hal sendiri.  Makan, tido, tengok drama, borak-borak dengan aunty India depan katil ammi dan sambung balik makan tido.

Post a Comment

7 Comments

  1. berehatlah ammi, semoga lekas2 sembuh ya!

    ReplyDelete
  2. bagus jugak doktor tunjuk video tu sebab badan kita kan, nak gak tau apa yang depa godek-godek. lama jugak ye stay wad

    ReplyDelete
  3. Berehatlah Ammi. Semoga urusan Ammi dipermudahkan hendaknya. Aamiin... Semoga cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  4. nasib aku x de la plak tgk2 wayang ni.. tapi elok gak ada, sbb leh faham lebih detail kan

    ReplyDelete
  5. alamak...besar x diornag belah perut ammi? aduhai..seriau plak tgok

    ReplyDelete
  6. Santai Ammi siap makan keropok lagi. Betul jugak tu kalau tak sihat lagi lama kena dok hospital. Seram betul tengok tayangan wayang gambar tu.

    ReplyDelete
  7. Bagus juga doktor tunjuk apa yang berlaku dan dilakukan pada operation tu.. Pengalaman.. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik ye Ammi..

    ReplyDelete