Sabtu 8/1/2022 - Hari ke-4 ammi di ward. Aktiviti masih diteruskan seperti biasa.
Tengahari baru Doctor Norzian (doctor Cardio) datang. Dia explain tentang result Echo ammi haritu, dia kata nampaklah ada degupan laju tapi itu mungkin disebabkan debaran sebelum nak surgery. Dan dia kata nak pastikan jantung ammi ni sebenarnya memang dah betul-betul pulih selepas RFA sebab ada kes masalah berulang jadi dia cadang dipasangkan Holter device ni untuk 3 hari untuk monitor keadaan jantung ammi setiap saat dirumah.
Ammi: Alamak doctor, kalau pasang holter ni 3 harilah saya tak boleh mandi doctor?
Doctor: Eh, tak. Device ni dah upgrade. Boleh mandi macam biasa tapi tempat device tu tak boleh kena sabun.
Ha lega sikit dengar.
Ha ginilah devicenya.
Lepas nurse check dengan insurance samada dorang cover ke tak penggunaan device ni ammi pun dibawa untuk dipasangkan alat ni.
Terus terasa macam robocop.
Alat dipasang Sabtu 8/1/2022 dan ammi ke hospital untuk tanggal pada Selasa 11/1/2021
Dulu masa kat Hospital Serdang..gini holter device dia. Yang itu kena pakai 24 jam je dan memang tak boleh mandi langsung. Rimas ok nak solat bagai ada benda tergantung kat seluar ko.
Ini gambar sarapan...belasah jelah.
Lebih kurang jam 2 doctor yang bedah ammi pulak datang check. Dia bagi satu injection (ada 2 dose sebenarnya...next dose after 3 months).
Dah boleh discharge. yeay..
Sampai nearly jam 7 barulah settle bab discharge ni. Bila guna insurans ginilah. Dari pukul 2 tu ammi tidur bangun tidur bangun (sedap tidur hujan-hujan ni), siap minum teh petang dan makan dinner lagi.
**********************************************
Nurses
Sangat baik, pantas, membantu.
Makanan
Menu agak kurang pilihannya kalau dibandingkan dengan Hospital Pantai.
Pramusaji
Baik dan ada budi bahasa masa sajikan makanan.
Cleaner
Ammi rasa cleaner yang lelaki adalah Bangladeshi, yang perempuan adalah Indonesian. Bising wei dorang ni...cakap sambil nyanyi2 basuh toilet. Korang dah kenapa? Lepas tu kadang-kadang dengar dorang bercakap dari luar bilik ward (macam sorang kat sini sorang lagi kat hujung sana pastu bercakap...tak ke kena bercakap kuat). Ya Allah...geram je.
Yang ammi musykil..setiap hari cuci toilet tapi baju yang patient letak memang stay kat situ berhari-hari.
Dari ammi masuk 5/1/2022 sehinggalah hari ammi check out 8/1/2022 tuala ni masih kat situ. Ammi rasa ini patient yang dah discharged yang punya.
Salah satunya baju yang ammi pakai masa operation.
Ammi tanya nurse baju letak mana, dia kata letak kat toilet je nanti cleaner ambik. Tapi sampai ke hari ammi discharge memang kat situ je bajunya. Nak tunggu sampai sebakul kot baru dia kutip.
Tamatlah sketsa penginapan 4 hari 3 malam ammi di Columbia Asia Hospital Cheras.
Entry lain ammi share hidangan-hidangannya ya..
7 Comments
alhamdulillah..dah kuar dah. lega bila leh balik tu kan? have a good rest key...
ReplyDeleteAlhamdulillah dah discharge & tanggal device..semoga baik2 lepas ni..
ReplyDeleteCanggih2 alat sekarang....
ReplyDeleteSukur semua OK
baguslah dan moden. holter device lama tu macam alat yang artis pakai masa shooting realiti TV
ReplyDeleteSyukur...aik..bukan ke baju- baju kotor patutnya hari- hari kena kutip dari bilik pesakit...semoga baik- baik aje ye
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok bila nurse okay..
ReplyDeleteTapi bab baju tu memang musykil..
Kena balut dengan plastik lah gitu kan Ammi nak mandi. Dah ada alat canggih senang kerja doktor nak monitor. Macam macam drama ada kat hospital ye. Part cleaner tu kalau saya tak selesa lansung orang dok bising bising bercakap. menyanyi lagi pulak tu.
ReplyDelete