Hadiah birthday Kyra

Hari Sabtu kita gi cari hadiah yang Kyra request sempena birthdaynya yang ke-13 pada 21.12.2021 haritu. Ye tau...dah hampir 2 minggu berlalu birthdaynya..tapi tulah banyak betul halnya abah & ammi ni.  Tapi tulah...better late than never kan?

Ammi ada cakap dalam posting birthday treat dia haritu hadiah yang dia request betul-betul buat abah dan ammi tergamam.  Ammi di usia macam dia dulu, bila disuruh pergi mengaji pun jalan hentak-hentak kaki, pakai tudung rambut tersembul nak tunjuk marah.

Kyra request nak Al-Quran yang ada terjemahan.  Tak ke tergamam plus auto sebak?

Pergi ke area Bangi jelah sebab malas nak masuk KL.  Lagi pun nak cari jubah prep juga untuk anak dara yang semakin tinggi melangut ni.  Kesian pulak gi prep kat asrama nanti kalau pakai jubah senteng.  Walaupun dia kata ok...tapi kita pun faham "peer influence dan peer pressure" itu kan.  Sebab kita pun pernah remaja.

birthday present


Tengok beberapa Quran bersekali terjemahan tapi dia berkenan dengan yang ada tagging dan bersarung gini.  "Senang juga kakak nak buat rujukan" katanya.


Dalam hati ammi macam ... ehhhh kenapa jauh berbeza sangat pemikiran kamu dan pemikiran ammi? Ya Allahhhhh...sesungguhnya kau kabulkan impian dan doa kami untuk dikurniakan dengan anak yang soleh & solehah.

birthday present


Dia suka yang ni sebab ada cermin juga.  
Ni nak mengaji ke nak melawa?

birthday present

Pada ammi tulisannya agak kecil.  Tapi dia kata dia ok je. 
Yelah, mata orang umur 42 dengan mata orang umur 13 ni mana nak samakan.

Semoga Allah permudahkan semua urusanmu, diterangkan hatimu dan dilancarkan hafazanmu.

Post a Comment

13 Comments

  1. happy belated birthday kyra..yela kita mak2 ni tgk kecik tulisan tu kan

    ReplyDelete
  2. Selamat hari jadi kyra. Semuga menjadi anak yang solehah dan baik kepada ammi dan abah kyra. Aamiin. Sejuk rasa bila tenguk anak-anak request hadiah macam tu.

    ReplyDelete
  3. Aamiin.. Al-Quran tagging ni cantik. Nak baca pun mudah sebab ada colorful untuk tajwid tu..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...sejuk hati mak bapak...

    ReplyDelete
  5. happy birthday kyra...cantiknya al quran tu

    ReplyDelete
  6. Cantiknya Al Quran tu

    Happy Belated Birthday Kyra. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....😍😍
    Hadiah yang mampu menghadiahkan semula pahala kepada pemberinya..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..memang tergamam la kan.. moga jadi anak yg solehah, berjaya di dunia & akhirat...aamiin!

    ReplyDelete
  9. Sejuk perut ibunya bila anak gadisnya begini. Semoga membesar jadi wanita solehah dan sentiasa dalam peliharaannya

    ReplyDelete
  10. cantiknya quran siap ada beg. happy birthday kyra

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...cantiknya Al-Quran tu...Dania pun dah berzikir nak beli quran ni...nanti birthday dia yang ke 18 tahun bleh la beli ni...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..sejuk hati ibu mengandung. Semakin semangat mengaji. Bagus Alquran terjemahan ni. Teringin juga nak ada satu Al Quran warna warni dan bertagging ni.

    ReplyDelete
  13. Happy birthday Kyra. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaaminn...

    ReplyDelete