Harta pusaka tidak kira sama ada besar atau kecil nilainya memang perlu dibahagi seadilnya dan seperti yang dimahukan oleh simati.
Tertakluk kepada nilai harta pusaka (yang telah diketahui atau anggaran), sekiranya nilai harta adalah kurang dari RM2 juta permohonan mentadbir boleh dibuat di Unit Pembahagian Pusaka Kecil, Pejabat Tanah & Galian manakala bagi harta pusaka melebihi RM2 juta akan diuruskan oleh Mahkamah Tinggi.
Bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam Sijil Faraid perlu diperolehi dari Mahkamah Tinggi Syariah manakala bagi yang bukan beragama Islam perlu mendapatkan Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi.
Apa itu harta pusaka?
Sebarang kepunyaan simati dalam bentuk harta tidak alih dan harta alih.
Harta Tak Alih
Tanah, rumah dan kepentingan dari harta tak alih.Harta Alih
Wang Tunai, saham, simpanan bank, KWSP, Insurans, kenderaan, senjata api, barang kemas, haiwan ternakan dan lain-lain barang berharga.
Namun bukan semua harta si mati boleh dipindahmilik atau dibahagikan. Contohnya sekiranya simati mempunyai permit lori, teksi, lesen perniagaan. Waris perlu memaklumkan Jabatan terlibat untuk proses penamatan atau lain-lain yang sesuai.
Apa beza Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration) dan Geran Probet?
Surat Kuasa Mentadbir diperlukan sekiranya si mati meninggal tanpa meninggalkan sebarang wasiat atau wasiat dibuat tidak sah. Salah seorang atau lebih boleh dilantik untuk mentadbir harta pusaka milik simati.
Geran Probet pula diperlukan oleh waris sekiranya si mati telah membuat wasiat untuk mengurus dan mentadbir harta si mati. Probet adalah tindakan untuk memperakukan dan mengesahkan (to certify) sesuatu wasiat yang ditinggalkan oleh simati.
Jangan hanya fikirkan harta untuk dibahagikan, sebelum waris atau wasi (orang yang dinamakan di dalam wasiat) membuat permohonan untuk salah satu dokumen yang di atas, mereka juga perlu mengambil tahu akan liabiliti (hutang) si mati.
Banyakkan kita lihat kes dimana harta simati direbutkan oleh ahli keluarga tetapi hutangnya? Hanya terbeban pada si isteri atau suami yang ditinggalkan? Hanya terbeban pada anak yang ditinggalkan?
Antara perkara yang boleh diklasifikasikan sebagai liabiliti simati adalah
- belanja pengurusan jenazah, keranda, bayaran kubur, van jenazah (waris perlu menyimpan resit);
- hutang-hutang sah seperti pinjaman rumah, kenderaan, pinjaman tunai, kad kredit, dan lain-lain;
- kes-kes sivil yang dihadapi oleh simati; dan lain-lain.
10 Comments
Harta pusaka ni kena bahagi betul betul. Kadang disebabkan harga boleh jadi gaduh sekeluarga.
ReplyDeleteharta kalau ditinggalkan jd rebutan
ReplyDeleteyg disedekahkan baru jd milik kita☺️
tqq Amni. share info
Terima kasih atas perkongsian Mrs. Kay.
ReplyDeleteTeringat pulak kisah Mrs. A sekeluarga pergi bicara kuasa dulu.
Belum settle lagi ni terhenti sebab PKP yang lalu huhuhuuu
kalau harta semua nak, kalau hutang semua lepas tangan. selalu jadi macam tu. huhu
ReplyDeleteSangat informatif, terima kasih Ammi.
ReplyDeletebab ni yang selalu orang akan cari nanti. ^^
ReplyDeletemcm2 urusan kannn? aku masa arwah suami aku hari tu, byk aku belajar & byk yg aku baru tahu....
ReplyDeleteterima kasih utk perkongsian ammi...
ReplyDeleteBab ni memang kena ambil tahu :)
ReplyDeletePerkongsian yang menarik.Tq Ammi.
ReplyDelete