Harta Pusaka

Harta pusaka tidak kira sama ada besar atau kecil nilainya memang perlu dibahagi seadilnya dan seperti yang dimahukan oleh simati.

harta pusaka


Tertakluk kepada nilai harta pusaka (yang telah diketahui atau anggaran), sekiranya nilai harta adalah kurang dari RM2 juta permohonan mentadbir boleh dibuat di Unit Pembahagian Pusaka Kecil, Pejabat Tanah & Galian manakala bagi harta pusaka melebihi RM2 juta akan diuruskan oleh Mahkamah Tinggi.

Bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam Sijil Faraid perlu diperolehi dari Mahkamah Tinggi Syariah manakala bagi yang bukan beragama Islam perlu mendapatkan Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi.

Apa itu harta pusaka?


Sebarang kepunyaan simati dalam bentuk harta tidak alih dan harta alih.  

Harta Tak Alih

Tanah, rumah dan kepentingan dari harta tak alih.

Harta Alih


Wang Tunai, saham, simpanan bank, KWSP, Insurans, kenderaan, senjata api, barang kemas, haiwan ternakan dan lain-lain barang berharga.  

Namun bukan semua harta si mati boleh dipindahmilik atau dibahagikan.  Contohnya sekiranya simati mempunyai permit lori, teksi, lesen perniagaan.  Waris perlu memaklumkan Jabatan terlibat untuk proses penamatan atau lain-lain yang sesuai.


Apa beza Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration) dan Geran Probet?


Surat Kuasa Mentadbir diperlukan sekiranya si mati meninggal tanpa meninggalkan sebarang wasiat atau wasiat dibuat tidak sah.  Salah seorang atau lebih boleh dilantik untuk mentadbir harta pusaka milik simati.


Geran Probet pula diperlukan oleh waris sekiranya si mati telah membuat wasiat untuk mengurus dan mentadbir harta si mati.  Probet adalah tindakan untuk memperakukan dan mengesahkan (to certify) sesuatu wasiat yang ditinggalkan oleh simati.


Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat
(Gambar kredit dari Google)

Liabiliti simati


Jangan hanya fikirkan harta untuk dibahagikan, sebelum waris atau wasi (orang yang dinamakan di dalam wasiat) membuat permohonan untuk salah satu dokumen yang di atas, mereka juga perlu mengambil tahu akan liabiliti (hutang) si mati. 

Banyakkan kita lihat kes dimana harta simati direbutkan oleh ahli keluarga tetapi hutangnya? Hanya terbeban pada si isteri atau suami yang ditinggalkan? Hanya terbeban pada anak yang ditinggalkan? 

Antara perkara yang boleh diklasifikasikan sebagai liabiliti simati adalah 
  • belanja pengurusan jenazah, keranda, bayaran kubur, van jenazah (waris perlu menyimpan resit);
  • hutang-hutang sah seperti pinjaman rumah, kenderaan, pinjaman tunai, kad kredit, dan lain-lain;
  • kes-kes sivil yang dihadapi oleh simati; dan lain-lain.



Post a Comment

10 Comments

  1. Harta pusaka ni kena bahagi betul betul. Kadang disebabkan harga boleh jadi gaduh sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. harta kalau ditinggalkan jd rebutan
    yg disedekahkan baru jd milik kita☺️
    tqq Amni. share info

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian Mrs. Kay.
    Teringat pulak kisah Mrs. A sekeluarga pergi bicara kuasa dulu.
    Belum settle lagi ni terhenti sebab PKP yang lalu huhuhuuu

    ReplyDelete
  4. kalau harta semua nak, kalau hutang semua lepas tangan. selalu jadi macam tu. huhu

    ReplyDelete
  5. Sangat informatif, terima kasih Ammi.

    ReplyDelete
  6. bab ni yang selalu orang akan cari nanti. ^^

    ReplyDelete
  7. mcm2 urusan kannn? aku masa arwah suami aku hari tu, byk aku belajar & byk yg aku baru tahu....

    ReplyDelete
  8. terima kasih utk perkongsian ammi...

    ReplyDelete
  9. Bab ni memang kena ambil tahu :)

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang menarik.Tq Ammi.

    ReplyDelete