** This is an auto published entry **

Hari ini sekitar jam 12 tengahari akan dibuat laparoscopic surgery ke atas ammi.

To start with, ammi pernah cakap yang ammi ada buat blood test dan result menunjukkan hemoglobin rendah dalam darah ammi dan ada 2 lagi masalah dan salah satunya berkenaan dengan surgery harini.  Ammi ada cyst di dalam ovari.  Taklah besar sizenya around 4.2 x 4.9cm.  Cumanya family ammi ada sejarah cancer..jadi bila dah detect ada kelainan diperingkat awal kita buatlah apa yang sebaiknya.

Alhamdulillah setakat hari Selasa, sewaktu follow up dihospital sebelum kita book segala bilik bedah, book slot dengan Cardio, bacaan Hemoglobin ammi dah naik.  No wonder ammi dah kurang rasa pening yang sangat tak best tu.  Masih ada rasa pening sekali sekala tapi taklah teruk macam haritu. Bacaan HB terkini adalah 12.2..bacaan asal masa pening melampau tu cuma 9.2 saja. 

Hemoglobin


Doctor perlu pastikan Hb reading dan keadaan jantung ammi stabil sebelum buat surgery sebab takut ada complication.  Kot tetiba kena heart attack ke apa kan.

**************************************************************

As mention dalam entry hemoglobin rendah tu, tahun lepas (January 2020) ammi ada buat ElectroPhysiology Studies dan RadioFrequency Ablation untuk betulkan masalah abnormal rhythm dijantung ammi.  Lepas tu ammi dah tak pergi follow up.  

Jadi doctor O&G di hospital ni insist untuk ammi buat pemeriksaan sebelum mulakan prosedur sebab katanya "jantung jangan dibuat main Puan".  Infact doctor tempat ammi buat blood test tu pun sound lebih kurang gitu gak.

Ammi malas nak follow up di Hospital Serdang (tempat ammi buat jantung tu) sebab tahu-tahu jelah prosesnya akan ambik masa yang lama.  Ambil darah hari lain, buat test jantung hari lain, result hari lain..letih wooooo nak cuti banyak-banyak kali.  So ammi decided untuk buat je test cardio di hospital ni.  Kalau kata insurance company taknak bayar takpalah...ammi korbankan jelah duit sendiri.  Ammi pun taktau kenapa ammi terlajak pergi ke Hospital Serdang instead of ke IJN je dulu.  Ada insurance pastu peram buat pekasam buat apa?  Ngek jugak ammi ni kengkadang.

So, ammi check in semalam untuk buat Cardio test dulu.  Dah ok barulah boleh proceed buat procedure yang sepatutnya harini.

**************************************************************


Doctor akan buat procedure Laparoscopic Ovarian Cystectomy dan Dilation & Curretage (D&C) dan kemudian akan mengambil sample tissue dari situ untuk dihantar ke lab.  Nak le tengok ada tanda-tanda kanser ke tidak.  D&C ni kalau bahasa kampung sebut "cuci"..macam orang keguguran or menggugurkan tu.

Disebabkan kedudukan cyst ammi adalah dibelakang rahim, makanya mungkin akan ada risiko kesukaran untuk mengesan cyst melalui camera.  Dan ammi juga pernah buat 3 kali ceaserean jadi itu menambahkan risiko sebab menurut doctor biasanya bila pernah buat surgery di dalam perut ada kemungkinan ada bahagian-bahagian yang berlekat diantara satu sama lain.  Mungkin usus boleh melekat pada rahim.  Jadi, kalau sukar sangat doctor terpaksalah belah.  Tapi sebolehnya memang doctor akan cuba tebuk je katanya. 




Antara risiko surgery ni:-

1)  Bleeding
2) Abdominal adhesions (tisu melekat di abdomen)
3)  Jangkitan kuman

Semoga pembedahan harini berjalan lancar dan boleh discharge esok hari.  Aaminnnn