Hari Khamis balik kerja tanya Khilfi nak makan apa. Kita raikanlah dia sebab dah dapat straight As untuk MPKAFA tu kan. Walaupun di FB ada je ammi tengok ibubapa yang pertikaikan sistem pemarkahan kalini tapi its ok. Ammi memang yakin dengan kemampuan anak ammi dan apa yang dia dapat tu mmg ammi rasa layak untuk dia dapat.
Tapi nak cakap camna kan..tahun ni pemarkahan guru sekolah sendiri yang buat, jadi personal attachment antara guru dan murid tu mesti ada. Markah kesian orang kata. Tapi kalau murid tu tak layak dapat A tapi cikgu bagi A sebab tak sampai hati mmg tak patutlah.
Tapi kan to be fair sebenarnya bila soalan ditanya dalam bentuk lisan macam yang anak-anak MPKAFA ni lalui, ammi rasa lagi susah dari soalan yang sama ditanya secara bertulis. Sebab bila disoal orally, kita ada perasaan gemuruh, menggeletar semua. Jawab atas paper tu antara kita dengan kertas je..apa ada hal.
*******************************************
So back to the story... dia nak pizza katanya. Ehhhh macam tak kena je request awak dengan azam taknak makan makanan tak berkhasiat dia tu. Tapi takpelah...ikut jelah.
Lepas maghrib terus je gerak ke US Pizza (bukan di USA tapi di sebelah taman rumah ammi ni je). Lama dah nampak restaurant ni tapi tak pernah nak masuk. Manjang aja order Dominos sebab Abah tergatal tangan pulak beli kupon tu haritu.
- Rasa pizza ok (tak kedekut cheese dan toppings, lembut)
- Rasa NY chicken wings tu pun sedap.
- Susunan kotak-kotak belakang tu..
- Sinki tak bersih..
- Depan toilet penuh dengan tong apa ntah, dah lah boleh nampak dari dining area (sakit mata)
- Di atas cashier counter tu pulak they placed all the glasses, trays dan sekali lagi (sakit mata)
- Di atas cashier counter tu ada shelf yang attach ke ceiling (see thru shelf)..dan dorang jenis campak je barang kat atas tu tak bersusun.
- Lampu yang dim sangat. Acik tak suko, acik nak toghang
12 Comments
Uiks banyak pesan. Ini memang sambut secara besar-besaran. Alhamdulillah rezeki orang dibelanja.
ReplyDeleteTulah..rambang mata. Pastu mencungap makan
DeleteAlhamdulillah Tahniah Khilfi dapat A, makan besar ni sedap nampak bot pizza..
ReplyDeletekalau akak yang jadi manager outlet tu confirm ramai kena leter secara harian haha. tak pernah try lagi us pizza ni walaupun tertarik dengan boat pizza tu. tahniah Khilfi dapat straight A :)
ReplyDeleteTahniah Khilfi. Berkat rajin usaha akhirnya beroleh kejayaan cemerlang. Seronok diraikan keluarga kan Khilfi.
ReplyDeleteBukan main ceria Khilfi diraikan dengan pizza.
ReplyDeleteBetullah, kotak-kotak dan banner tu agak menyakitkan mata.
Pizza boat dia sedap, aritu try pizza sambal petai.. memang kuat betul rasa petai..
ReplyDeleteTahniah Khilfi....
ReplyDeleteSelamat mempersiapkan diri untuk back to school...
Sedapnya pizza..Bertambah sedap dapat makan anak beranak..👍
Pandai dia pilih pizza kayangan. Hihi. US Pizza ni aaya tak pernah dine in. Take away je. Sedaplah jugak
ReplyDeletealhamdulillah..congrats khifli!!! x pernah try lagi us pizza ni...dap ek? ada branch kat senawang rasanya..
ReplyDeleteAiyoooo kenapa semua kotak dilonggok kat situ.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah Khifli..
Alhamdulillah..senang hati perutnya diraikan. Tahniah Khilfi.
ReplyDeleteMemang semak sikit pandangan mata dengan kotak kotak bersusun begitu. Patut ada store room. Kak Amie jadi manager. Gerenti tip top kemas bersih tempat makan semuanya lah.