Hari Isnin lepas (17.1.2022) ammi dapat barang yang ammi order dari Dana.  Plan asalnya Dana nak COD je ke ammi sebab suaminya kata dekat dengan rumah..tapi ammi sibuk layan hospital, baru kluar ward...takpelah post jelah.

Start minggu lepas sebenarnya Ammi dah start masak manja-manja.  Operate sikit manjanya lebih-lebih pulak.  Orang baru lepas bersalin pun ada yang takde orang jaga terpaksa buat kerja sendiri.  Kalau rajin masak, kalau malas pass je pada Abah.  Ammi chill-chill depan TV.

Hari Selasa malam masa dekat nak dinner tu eh...macam tak cukup je lauk.  Malas nak tunggu abah (balik main bola pepetang), maka ammi jelah ke dapur.  Buat lauk simple-simple je.

kicap CKP

Ambil 3 biji telur, campur je apa yang ada.  Ammi letak bayam, daun sup sikit, bawang, dan dadarkan.  Lepas tu potong cube camni.

Kemudian dalam kuali, masukkan bawang putih dan halia yang didadu halus.  Masukkan 3-4 sudu kicap Char Kuey Tiaw yang Dana jual, masukkan tomato, mendidih ... tuangkan aje atas telur yang didadarkan tadi.  


Siap.

Tak mesra? Biarkan dia tak mesra janji sedap dan sedap dan kenyang.


(Dana, ammi pinjam gambar dari blog awak je tau).  Dana buat CKT masa ni. 

Ammi guna kicap ni je takyah dah sibuk letak garam cili bagai.  Sonang kojo.