Semenjak MC berminggu-minggu ni selain dari makan tidur makan tidur... ammi terjebak main crossword puzzle. Puzzle ni memang dah berzaman ada dalam phone tapi bila ko dah lost tak reti nak jawab terus mood kelaut. Tapi sejak masa kat ward and MC ni asah le sikit vocab...bukaklah dictionary yang dah lama tak bukak tu.
Paling jahat kalau dah terperangkap sangat dan desperate nak coins...gi google je ahaksss...
Ada 14000++ puzzle tapi baru mampu buat 2902 je. Bila tahun nak settle ni?
**************************************************************
Harini 28/1/2022 hari terakhir MC. Next week dah kerja.
Pastukan...boleh tak kalau ammi terlupa bulan January ada 31 hari.. sepatutnya 31 tu kerjalahkan sebab office ammi bukan ada Chinese pun. Lagipun yang kuat ammi tak ingat bab kerja tu ialah bila budak-budak cuti sekolah minggu depan. Disebabkan lupa ammi ni pun confirmlah dengan ipar duai nak join gi JB hari Ahad balik hari Rabu. Anak buah ammi bersanding jadi buruklah perangai kalau tak pergikan.
Dijadikan cerita boss ammi call hari Selasa, biasalah dia memang selalu call cerita pasal office. Dengan sapa dia nak kongsi kalau bukan dengan secretary cabuk dia ni. Pastu dia cakap
Boss: ok bye...see you next Monday, Sheila
Ammi: ..Eh why Monday? Not Thursday?
Boss: Any holiday on Monday?
Ammi: Cuti peristiwa kan?
Boss: What peristiwa? I didn't get it (mmglah he didn't get it..bukan ada anak gi sekolah pun)
Ammi: hahahhahah gelak besar...sebab baru realize yang cuti peristiwa tu untuk sekolah je..ko apa hal nak cuti peristiwa bagai.
Explain kat boss pasal plan ammi gi Johor tu..and dia kata "since this is peristiwa paling menyayat hati, I'll see you next Thursday".
Melampau kan ko Sharmila. Nasib baik dapat boss boleh dibawak berunding. Dapat yang kata "potong gaji" nasib le.
15 Comments
Bagusnya bos tidak marah. Dibuatnya suruh datang juga.
ReplyDeletehahahha..risau juga masa explain tu
DeleteBest la Ammi dapat boss sporting. Nasib baik. Ha'ah budak cuti seminggu, boleh plan pergi mana². Hehe...
ReplyDeletekononnya cuti direct..padahal yang bekerja ni perlu ambil cuti baru dapat cuti direct tu ahhah
DeleteJadi hari Isnin cutilah yer. Samalah kita.He2.
ReplyDeletecutilah..cuti peristiwa menyayat hati namanya
Deleteabis mc dah.. tu dia, banyak gak la ko dah main yer..rasa bijak skt tak?
ReplyDeletebut sampai salah date..he he he..bos excited nak dapat PA dia balik tu...
terasa bijak wei...tp ada yang dah jawab bila soalan tu berulang lupa pulak. nampak nau dah banyak umur
DeleteBestnya dapat boss macam tu...tanya boss ada kerja kosong lagi tak..hahahahaa
ReplyDeletehahaha...maaf tiada kekosongan. kosong utk jadi despatch dgn driver je ada. nak?
Deletesyok kan boss baik taklah stress keja
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Seronok gak main game macam ni asah minda berfikir. Kadang tipu jugak guna talian hayat. hihi..
ReplyDeletesebbaik dapat bos boleh bawak bincang. Dapat cuti terus.
ammi nak gi Johor kenduri kak Ti ke?
ReplyDeleteAah...kalau datang nanti kita hello2 tau
DeleteSaya pun baru ini demam, ingat nak buang masa main Sudoku. Lagi pening kepala.
ReplyDelete