Hari Isnin selepas Subuh kami bergerak ke Johor.  Gi Johor sebenarnya sebab kakak ipar ammi buat majlis bersanding anak sulungnya Adam.  Tak sangka ammi Adam ni dah nikah..tapi walaupun dah nikah, umur dah 27 rasanya tapi tetap macam kanak-kanak riang.  Masih peluk-peluk mama dia sambil sakat-sakat mama.  Masih jadi abang yang suka menyakat adik-adik sepupu, makcik pakcik.

Dia nilah dulu masa ammi mula-mula kahwin dengan abah, dia uji level sains ammi.  Sambil-sambil kitorang baring atas katil..main game ular kat phone Nokia (17 tahun dulu takde telephone canggih-canggih), he came up with question "Mandak, mandak tau tak Galaksi BimaSakti tu apa?"...

Hukalohhhhhhh...krik-krik je mandaknya.  Tapi mandak yang bijak jangan tunjuk diri tu bod*h ye, kita guna je taktik yang sekarang ammi guna kat anak-anak ammi.  "Tau....tapi why not Adam explain kat Mandak".  Pastu dia pun explain dan sumpah sepatah benda ammi tak paham pasal planet, angkasa lepas semua.

Dan si Adam ni jugak yang masa Ammi hantar dia balik MRSM Muar masa form 1 ke form 2 ntah, ammi jumpa selonggok baju belum basuh dalam locker.  Kalau mama tau naya je...

Ok cukuplah flashback...tapi seronok sebenarnya flashback ni kan..

******************************************

Kitorang berhenti sarapan kat Kundur, Rembau jap.  Sedap pulak makanan kat kedai dalam kampung gitu..nasi goreng bodoh yang sedap.  Nasi lemak yang bila makan confirm menyandar ngantuk, roti canai sedap.

Settle sarapan, kita teruskan perjalanan untuk ke Kluang dulu.  Abah nak settlekan kerja terbengkalai dia sikit.  Kerja tu settle in less than 15 minutes je pun.


Kakak dan abang dah lama hanyut...tinggallah si kecik ni dipanah matahari pagi.  Kesian.


Ammi pun bagi dia spec mata lama ammi...dan ehhhh tertidur pulak dia.

Spec hitam yang Ozil pakai ni Along ammi hadiahkan back in 1998 or 1999.  Masa tu ammi kat ITM.  Lama tak ammi simpan?  Bukan trend masa kini jadi kita simpan jelah kat dashboard..rupanya berguna juga untuk si kecik ni.

Sampai Kluang around 10.30 camtu, abah gi siapkan kerja kat sekolah yang baru nak siap ni.  


Dah siap moh le meneruskan perjalanan ke Johor Bahru pulak.  Dalam pukul 12 lebih jugaklah sampai rumah KakLang lepas gi menyinggah toilet, gi menyinggah beli ayam panggang buat-buat tambah lauk.  Keluarga belah abah ni besar ahlinya.  Jadi memang habis punyalah kalau beli makanan yang boleh dibuat ratah-ratah ni.

Sampai rumah Kak Lang terus je ammi keluarkan laptop ammi.  Settlekan kerja.  Cun-cun ammi nak tekan SEND boss pun call tanya ammi dah hantar ke belum.  Wowwwww macam ada telepathy pulak.  Dan-dan ammi kata dah hantar padahal baru je tekan butang SEND.

Dah settle kerja baru lega nak makan huha huha.  Kejap je kat rumah Kak Lang pastu kitorang semua bergerak ke Villa yang disewa disebelah tempat majlis tu.  Lagi senang camni..rumah pun tak berkecah.  

Malam Isnin tu kitorang dinner kat rumah anak buah ammi kat Taman Universiti yang baru gak melangsungkan perkahwinan bulan 9 haritu kot. Kak Chik datang awal masak-masak kat rumah anaknya untuk jamu kitorang.  



Alhamdulillah...


Kak Chik memang yang paling champion masak dalam adik beradik abah.  Kak Chik ni tinggalnya kat Senawang..jadi selalunya kalau ada adik beradik yang dari Melaka nak KL...Kak Chik mesti suruh singgah rumah dia, dia tapaukan lauk utk yang di KL.  Haaaa...siap lauk frozen gitu.  Sapa taknak wei.. dah lah sedap memudahkan pulak.



Jadilah rumah pasangan baru kahwin ni...kita guna je apa yang ada.  

Balik Villa kita sambung membawang sambil merewang.  Masukkan telur dalam bunga telur...