Hari Kedua kami di Johor (1/2/2022).  Malam sebelum tidur KakLang dah buat announcement...nak gi sarapan by 7.30 dah berkumpul di bawah.  Villa yang kami duduk ni 2 tingkat ada 5 bilik.

Ammi anak beranak ok je dengan timing tu sebab memang biasa lepas Subuh tak tidur dan keluar gi sarapan melainkan lepas solat tu memang cuaca best sangat untuk tidur.  Takyah sibuk mandi bagai...bukan ada orang nak cium pun kan.

So, sapa yang dah bangun tu ajom...yg belum tu sendiri gi cari nanti.  Kitorang gi makan kat Mana Cafe, Puteri Harbour.  Ammi ni asyik jelah sebut Pearl Harbour.  Ehhhh..

Hari Isnin petang tu actually Abah & Ammi dah sampai sini bawak Ozil & Dadek sebab nak cari kopi...petang ada orang sewakan scooter, basikal bagai.  Ingatkan pagi ni naklah sewa sekali takde pulak.  


Apa ke sedih nau muka tu Lang?
So yang join geng sarapan tu KakLang & Suami, Ammi sefamily, Along Hashim & wife, PakTam sefamily


Abaikan perut berlipat tu.


Lepas habis sarapan PakTam (Wan) tak ikut sama.  Dia nak gi cari baju kurung sedondon untuk majlis.  
Tinggallah kami berronggeng sambil menghirup udara pagi di Puteri Harbour.  


Bare face... ingat muka ko flawless nak berbareface bagai.  Ngeri orang tengok tapi malas nak bersiap.  Cermin mata pun senget benget....hukalohhhh


Dagu siapa lagi ammi nak pegang kalau bukan dagu saudara itu.

Lepas tu balik villa balik...tengok apa yang boleh dibuat.  Barang doorgift untuk dikerjakan belum sampai.  Kalau dah sampai boleh juga kita buatkan.

Tengahari sikit kita gi lunch pulak.  Kitorang lunch dekat Asam Pedas Desa Rahmat.  Yang dedekat dengan Villa semua penuh orang pastu tempat kecik.  Family kami besau.


Jumpalah pulak dengan Tauke Jambu ni.  Beriya KakNgah nak bergambar.

Masa memula ammi nampak geng-geng dia kat meja sebelah ammi tak perasan pun dia ni.  Dalam hati ammi...apalah buruk nau baju orang-orang meja sebelah siap berantai emas, rambut perang (macam samseng pun ada gak rupa dorang).  Baju pesen-pesen macam yang si Tauke ni pakailah.  Tak kena betul baju tu kat mata ammi. Rupanya ada artis diantara mereka.  

Lepas makan Ammi ke Plaza Angsana jap nak cari kasut bridesmaid Kyra.  Takkan nak pakai sportshoes dia dengan baju kurung.  Dahlah susah yang amat mencari kasut size kaki dia. Ada sekali tu sampai satu kedai ni ammi berpecah dengan abah sebab ammi cari selipar bujang ni.  Abah teman kyra gi cari kasut.

Settle beli selipar bujang ammi ke kedai yang Kyra cari kasut tu.  Kyra dah letak kasut kat cashier dan cashier tu pun dah scan.  Sekali ammi tengok harga RM89.00.  Ehhhhhhh.

Ammi pegang kasut tu mmg serius bukan sepatutnya harga kasut tu 89 sebab pakai sekali confirm kaki melecet sbb keras.  Bila ammi kata mahalnya...penjual tu kata ini kasut "POLO".  Polo kepala hotak hang... Ammi suruh dia cancel je.  Sebab tak berbaloi bayar mahal untuk quality gitu.

Masuk Parkson...mujur jumpa size kasut dia walaupun itu je satu pesen yang ada size.  Size 41 ko dan harga cuma RM39.00 je.  Haaaa lembut je material dia.


Tengok Lion dance jap...pastu kitorang gerak ke Condo pulak.

Hari ke-2 ni kami tidur di Condo (Paragon Residence) yang Kak Lang sewakan.  Kalau ikut hati ammi lebih suka beramai-ramai kat Villa tu.  Pak Tam pun sama dia nak duduk menyempit2 gak kat Villa.  Tapi memandangkan kaklang dah bayar...pergi jelah.

Petang anak-anak dapatlah terjun pool sbb pool kat Villa tu dalam gila.  Untuk dewasa bolehlah.

Malam sebelum ke Villa tu untuk menyemak nak membantu mana yang patut kitorang gilah makan dulu.  Mujur boleh solat Jamak kan..jadi sebelum maghrib kitorang keluar dari Condo.


Makan kat Restoran Sup Tulang ZZ.  Sepelaung je dari Condo tu.  Settle makan bergeraklah kita ke Villa.  Sampai tengah malam sebab masa tu dah ada doorgift.  Kitorang merewanglah beramai-ramai.  Dengan bunga rampai pun baru nak buat.  Nak potong daun pandan pisau pulak takde.  Makanya sroang potong yang lain tengok.

Sampai Condo, solat Jamak pastu iron baju utk acara esok.  Esoknya pepagi nak check out.