Dan kejadiannya majlis AdamNabila adalah pada 2.2.2022. Pernikahan sebenarnya dah berlangsung bulan 18.12.2021 haritu. Tapi tulah...covid-covid ni bukan mudah nak buat majlis.
2/2 ni juga adalah hari lahir arwah Abah Mertua (Mohamad Jamil bin Baba) dan Aimi Sofiyah yang ke 15. Birthday surprise Aimi kita buat malam sebelumnya sebab tahu hari kejadian confirm busy.
Dipihak pengantin lelaki kami bertemakan royal blue. Mujur ada baju raya tahun 2019 ke 2018 ntah. Try masuk...eh muat lagi. Syukur takyah sibuk nak beli baju. Yelah kalau beli pun ammi ni ke office pakai apa yang dan je. Biasanya pakai jeans & blouse atau skirt je.
Gambar abah & ammi ilek. Sebab tuan punya kamera tak upload2 lagi gambar. Bizi kot Tuan Inspektor tu dengan kerja hakiki, kelas PJJ lagi.
Letak disinilah buat kenangan..
Papa & Mama pengantin lelaki.
Dengan keluarga pengantin lelaki. Adik bongsu pengantin lelaki, Adel takde sebab dia tak boleh keluar dari asrama. Nak SPM kan...
Family belah mama pengantin. Ini pun tak cukup sebab ada yang ntah kat mana ceruk duduknya. Ada yang tengah solat.
Tuan Inspektor selaku artis tetap keluarga Mohamad Jamil semenjak 16 tahun yang lalu.
Beriya anak dara artis record papanya menyanyi...
Dah hampir dihujung majlis...tak larat nak berdiri dah sebenarnya.
Banchik (kiri) dan Balong (Kanan)...
Adik, Ammi & Kak Chik...
Ammi & Adik pernah berada di sekolah yang sama masa sekolah rendah dulu..
Seronok anak-anak dara ni bila dapat kakak sedara baru. Yelah family belah abah ni ramai anak buah lelaki sebenarnya. Yang inilah geng perempuan yang sebaya...dari 43 orang cucu rasanya cuma belas je yang perempuan.
KakLang Manisah. Ini isteri pada sepupu abah. Tapi kitorang dengan kaklang ni dah macam adik beradik. Takde apa majlis pun tetap pergi rumah Balang tidur berumah tangga kat situ buat muka tak malu. Dan layanan kaklang memang tiptop. Tak pernah berkira dengan adik beradik abah.
Jadilah bunga rampai tak berapa nak halus..dari takde langsungkan.
Selesai majlis dan selesailah tugas kasut Adik. Penat bertahan sepanjang majlis nampak gayanya kasut ni.
Settle majlis, baring-baring jap, dalam pukul 6.30 kitorang gerak balik KL. Ramai je yang balik awal stranded kat highway. Kitorang ni alhamdulillah.
Singgah Seremban kejap solat Jamak dan akhirnya lebih kurang 11.50 malam...sampailah kami ke KL.
Esoknya 3/2/2022 ammi kerja.
Hari Isnin dah cuti ikut suka takkan Khamis tu pun nak cuti lagi...macam mintak kena pancung je tu.
Semoga ikatan perkahwinan Adam bin Asrar dan Nur Nabilah dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Yang manis dikecapi, yang pahit disisih bersama. Takat gaduh, masam muka, berlainan pendapat tu standardlah...
Ada kisah 2 wedding lagi ni ammi nak masuk blog. One after another cucu atok Jamil kahwin
7 Comments
Cantiknya wedding theme ni....nak buat theme ni la...ehhh...hahahaha.....Dania kahwin nanti x tau la macam mana SA kan...dia sorang je la plak anak SA....heheheh....dapat bayangkan kerisauan SAa lepas tu nanti bila SA tinggal sorang2....huwaaaaaa....
ReplyDeleteSelamat pengantin baru Adam & Nur Nabilah. Moga bahagia till jannah.
ReplyDeleteLama saya tak hidu bau bunga rampai....
selamat penganti baru, moga kekal hingga ke jannah. alhamdulillah selesai satu majlis. sekarang ni nak wat majlis pun mcm2 sop & mcm kena pikir. adik aku pun ada nak kawin bulan 5 ni, penin akak pengantin dah ni..assist Ibu.
ReplyDeletemeriah & ceria semuanya..
Cantiknya warna tema majlis, berseri2.. pengantin pun sama cantik sama padan.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat pengantin. Semoga bahagia hingga jannah..
ReplyDeleteCantik tema majlis kahwinnya. Seronok bertambah ahli keluarga baru. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik. Tahniah pengantin. Semoga berbahagia sampai syurga. Aaaminn...
ReplyDeleteSelamat pengantin baru Adam dan Nabila. Serius cantik warna tema biru. Baju bridesmaid dan famili pun cantik
ReplyDelete