PakPis (yang paling bongsu dalam adik beradik abah) hadiahkan Khilfi smart watch sempena Khilfi dapat 8A UPKK haritu.
Ammi pun taktau bila masa Khilfi request dari PakPis dia..tau-tau masa majlis rumah Adam kat Johor haritu PakPis serahkan hadiah. Ehhhhh terkejut.
Mehlah ambik gambar.
Pakpis kata Pakpis message dia personally tanya dia nak apa, suka apa semua...and finally lepas timbang tolak tambah PakPis belikan dia smartwatch sbb dia cakap kat PakPisnya yang dia selalu pinjam smart watch ammi kalau dia buat activity.
Tepat pilihan PakPis... PakPis kata bagi sebab nak bagi dia semangat untuk belajar dan kalahkan record dia. Apis bagi dia smartwatch AUKEY LS02. Ammi sajalah google harganya...not bad. Jangan dia pergi cicirkan sudah.
(Khilfi ni geng kemetot macam PakPis jugak ke agaknya?)
Semua dalam family tertunggu-tunggu siapakah yang dapat mengalah result SPM PakPis yang gempak dulu. Straight As. Setakat ni setelah 14-15 tahun masih belum ada yang boleh kalahkan PakPis. Adam dulu tipis 2A..
Khilfi,
Orang dah letak harapan kat kamu, jadi buktikan.
Bukan main excited dia lepas dapat jam. Masa kat majlis MakNgah siap offer diri ambil air untuk semua orang sebab nak cukupkan 10000 steps. Sampai kembung semua orang dia asyik tanya "ada sesiapa nak abang ambilkan air?".. nak kuih? hahahha..
So, sekarang ni kat rumah ammi suruh dia sapu dan mop rumah. Sementara dia tengah excited berjam baru nilah kita pulun tenaga dia disamping asah skill menyapu. Amacam?? Bijak tak ammi??
5 Comments
Wah Tahniah...seronoknya dapat hadiah.Semoga terus sukses ya dik.
ReplyDeleteSyoknyaa dpt hadiah. Tahniah khilfi
ReplyDeletehhahahha bijak ammi, sementara dia tgh bersemangat, kerahkan dia keje ye :p
ReplyDeleteSemoga Khilfi lebih berjaya lagi lepas ni.
ReplyDeleteWaahhh seronoklah Khilfi dapat hadiah smart watch dari PakPis dia. Alhamdulillah rezeki Khilfi.
ReplyDelete