Settle sepenuhnya majlis perkahwinan anak sulung Kak Lang -Adam dan Nabila- kita beralih pula ke anak kedua Kak Ngah pada 5/2/2022.

Ahmad Zuhairi & Nur Afiqah.

Kitorang panggil pengantin lelaki angah besar (sebab ada sorang lagi angah).

Pasangan ini pun sebenarnya dah disatukan bulan May 2021 kalau tak silap.  Dapat nikah jelah...lepas tu PKP sana PKP sini... pasangan sorang kat JB sorang kat KL.  Sudahnya belah perempuan buat majlis sanding bulan 1 di haritu di Kelantan masa ammi warded dan belah lelaki bulan 2.  Settle sudah hasrat hati Ayah dan Mama nak adakan jugak majlis.

Tema kita adik beradik kalini pink belacan.  Ok ammi takyah beli jugak sebab ada satu baju ni baru 3 kali pakai kot.

Bestnya majlis kat rumah KakNgah...adik beradik takyah sibuk sangat bekerja.  Infact kalau buat kenduri kecik-kecik kat rumah pun semua askar yang uruskan.  Untunglah suami pangkat besarkan, mintak tolong je staf-staf buat.

Pelamin, setup dewan semua askar yang buat...not bad jugak sentuhan dorang.

Wedding Zuhairi & Fiqah

Sekali si adik baju pink belacannya bapak besar...tak jadi pakai.  Itulah padahnya beli online pastu dapat sehari sebelum majlis.

Gambar tonggeng terbalik jelah...sakit pulak duduk lelama sebab terkehel urat pinggang ni pagi tadi masa sediakan sarapan anak-anak.  



Susah nak kumpulkan kami berlima ambil gambar.  Hilang selalu semuanya dari radar bila dah jumpa geng.


Abang Khilfi memang kena usung dek kembau berdua ni.  Ayra & Ajwa.
Pantang abang Khilfi hilang dorang mencari..."nampak abang kepi kita tak"?  Abang Kepi kita katanya.


Ek eh....ada pulak yang nak jeling-jeling kita kat belakang tu wak.


Gambar sebelum hari kejadian...
Chef kaklang...rajin masak ni.


PakNgah (bapak pengantin) dan PakLang (bapak pengantin baru juga)


Ha...nampak chef.  Pepagi dah buat sambal keli balado.


Banchik (No. 5), Umi (No. 7), KakLang (No. 3) dan Abah (No. 6)


Makcik (mak tiri abah), Ros (biras ammi) dan MakNyah Siti (No. 8)


Adik (No. 10) dan bridesmaid.
Bab-bab tatarias bridesmaid, dulang hantaran semua memang kita serah pada Adik je.  Tangan dia je lembut dan berseni.  Yang lain...kejung.




Bulan 5 karang turn abang polis berbaju pink cair ni pulak.  Abam polis baju kelabu tu ntah bila.  Rambang mata katanya.

Ya Allah...terasa dah berusia bila sorang-sorang anak buah yang dulu hingusan berkahwin.


Matching pulak pelamin dengan baju Adik ni.


Siapa yang pedajal omey-omey ammi ni?




Siang jadi mak bridesmaid...malam bertugas jaga jalan.  Gitulah pengorbanan Puan Inspektor kita.


MakLong & PakLong dengan bridesmaids.


Takde pulak dalam simpanan ammi gambar perantin saja.
Melampau pulak Mandak ni ye.


2 hari selepas majlis PakCik Zul (biras ammi) masuk ward pulak sebab slip discs.  Alahaiiiii...ponek sangatlah tu.  Lopeh Johor shoot ko KL pulak.  Pehtu karang nak ko PD lak.

Settle majlis KakNgah..hilang dah kerisauan dia.

Next (10/2/2022) turn majlis di Port Dickson pulak.  Anak ke-2 along nak bernikah.