Lepas tengok cerita The Ghost Bride tu tetiba terasa nak tengok cerita lain pulak. Dah alang-alang lama MC kan haritu...kita layan jelah cerita.
Pilih-pilih kat Netflix terjumpalah cerita dari Korea Selatan. Cerita lama je pun...cerita tahun 2012. Moon Embracing The Sun. Memang ammi sejenis yang suka tengok cerita bergenre historical gini. Patut jadi sejarawan je kot dulu..gedik jadi setiausaha pulakkan.
Kisah historical tak kisahlah yang dari China ke, dari South Korea ni ke semua agak cliche sebenarnya sebab sama je konsepnya. Pemberontakkan, raja yang nak digulingkan, pecah amanah, pembelot pusing-pusing situ jelah perginya. Tapi tetap gatal mata nak tengok.
Cerita ni tentang Maharani yang gulingkan bakal raja (anak tirinya) dengan cara membunuh sebab nak anak sendiri naik takhta. Ada sorang pawang nampak kejadian tu dan dikejar oleh pembunuh upahan tu. Pawang tu diselamatkan sementara oleh seorang wanita (isteri bangsawan yang ketika tu sedang mengandung). Bila pawang tu rasa selamat dia cuba keluar dan akhirnya dia ditemui oleh pihak Istana dan dia diseksa dan dibunuh tapi dia dah bersumpah dan mintak kawan sepawangan dia "jaga" anak yang didalam kandungan perempuan yang selamatkan dia sebab dia ibaratkan anak tu sebagai bulan. Masalahnya kawan sepawang dia tu taktau pun sapa "anak" yang dia patut lindungi tu.
Dijadikan cerita pada hari graduation abang pada "bulan" tu... dia ke Istana dan disana dia berjumpa dengan Putera Mahkota yang dianggap "matahari". Berjumpa eh terbercinta dan hampir berkahwin. Bulan ni umurnya 13 dan Putera Mahkota 15. Awal yek orang dulu-dulu kahwin.
Tapi hajat dia tak kesampaian sebab ketamakan Maharani nak ahli keluarga dia je yang jadi bakal Puteri Mahkota yang kemudiannya akan jadi Permaisuri. Jadi "bulan" yang hampir nak jadi isteri Putera Mahkota pun digulingkan dengan cara disihir. Disihir oleh pawang yang disuruh jaga bulan ini.
Ini part yang menyedihkanlah...bila bulan ni "mati". Tengok Putera Mahkota punya kesedihan tu alahai...serius ammi nangis tersedu. Ammi sendiri pun terkejut sebab nangis beriya-iya.
Puteri Mahkota baru adalah anak pembesar (ahli keluarga Maharani)..tapi selepas 8 tahun pun tak pernah disentuh suaminya. Haaa padan muka.
Pembunuhan demi pembunuhan...demi nak menutup perbuatan yang tak sepatutnya dibuat oleh Maharani dan menteri-menteri yang tak bertanggungjawab.
Mujur juga Raja (Putera Mahkota yang naik tahkta) pandai. Jadi dia buka balik siasatan kematian "bulan" yang sepatutnya jadi isteri dia. Sebab banyak keraguan yang timbul. Sedih weiiii..dan akhirnya....
Ending yang happy-happy je...tapi sementara nak happy tu nangis manjang je.
Ammi tak kenal nama-nama pelakon Korea..malas pulak nak ambil tahu sbb confirm tak ingatlah nanti. Jadi takyahlah letak nama dorang ye
Puteri Mahkota yang disihir diwaktu usianya 13 tahun. Lawa muka dia..muka yang sedap mata memandang gitu.
11 Comments
suka tengok cerita ni. ulang2 pun tak bosan
ReplyDeleteKita tengok setengah cite jer, pastu stop.. mood belum masuk, nanti nak sambung balik laaa
ReplyDelete😍besttt ni bca jln ceritanya
ReplyDeleteciknur pun skrg tgk cerita2 korea kat tvn ha haaa layann sb cerita byk pengajaran dan kisahnya real x merapu
Oh selalu dengar pasal drama ni dulu... Tapi tak pernah layan lagi... Macam menarik juga ya!
ReplyDeletelama citer ni.. mama historical drama ni pilih2 juga sebab selalunya mcm slow sikit kan
ReplyDeleteBest citer ni... suka hero dan heroinnya
ReplyDeleteTak pernah tengok drama ni dari mula dia ditayangkan. Tak sangkut. Haha
ReplyDeletePelakon semua hebat hebat dalam drama ni. Suka gak tengok lakonan Kim Soo-hyun ni.
ReplyDeleteBolehla tengok nanti. Saya suka jugak filem genre historical gini. Selalu orang jahat tu jahat sungguh
ReplyDeleteMacam pernah nampak drama ni tapi tak pernah tonton lagi.
ReplyDeleteaku plak kurang ckt bab doseon2 ni...x minat sejarah. he he he...
ReplyDelete