Hari Sabtu lepas (12/02/2022) ammi ke Port Dickson.  Anak buah abah, Abu Hurairah (Akim) bersanding di sebelah perempuan.  Memang semua yang bernikah, bersanding ni anak-anak buah dari sebelah abah...dari sebelah ammi entahlah bila.  Soon kot sebab si Alya tu baru je nak masuk 22 tahun.

Nikahnya dak Akim hari Jumaat (11/02/2022) tapi ammi tak pergi sebab kerjakan.

Sebab majlis di sebelah lelaki bulan 3 nanti...jadinya lepas bersanding dirumah perempuan kami terus je gerak balik Seremban.  Takde apa pun nak dibuat kat rumah Along di PD tu.

Punyalah panas berdonting-donting.  Dah hampir nak sampai ke rumah nampak pulak kedai cendol buka dan singgahlah kejap memenuhi kehendak Kyra & Khilfi.  Ammi layanlah juga sebab favourite kan..tapi semenjak buat scaling gigi ni alahaiiii ngilu pulak bila makan benda sejuk.  Nyampah tau.

Lepas Asar masing-masing dah sibuk nak ajak gi main taman.  Dak Arjuna yang kebetulan ada kat rumah ni pun sama naik. 

"Ummi, Ummi...jom main taman.  Abah kata nak main taman"...ajaknya dalam bahasa pelat dia dengan suara huskynya.  Memang tak reti sebut Ammi budak tembun seketul ni.

Pergilah ke playground yang ada kat Lake Garden Seremban.. main dalam 25 minit pastu ke Laman Basikal pulak.  Ingatkan nak sewa basikal 4 roda untuk Juna..tapi takde pulak.  Memandangkan jam pun dah nak dekat 6.30 petang jadi kita ambik je mana yang ada dan sesuai.


Bukan main lagi dia.


Basikal yang Khilfi naik ni nampak ringan je bila ride.  Child Angel namanya.  Ammi sewa pada kadar RM10.00 untuk 30 minit.


Kesian kat pakcik sorang nilah...putus nafas dibuatnya walaupun yang duduk dibelakang tu pun beriya gak mengayuh.  

Yang ini Sweet Angel... memang ber"sweat" gila yang jadi anchornya.  Hahha.. harga sewaan RM15.00 untuk 30 minute.


Ambik nafas jap..

Tak sempat nak habiskan sewaan 30 minit pun sebab tiba-tiba je hujan.  Hujan yang lebat.  Burn je plus minus 10 minutes lagi tu.

Laman Sikal Seremban

(Click to enlarge image).

Ini harga sewaan.

Ammi haritu takde apps ni kat phone jadi ranger tu yang tolong scan.  Rugi pulak rasanya sebab  RM3.00 juga cajnya.  Lepas ni ammi nak download sendiri apps tu.

Malam sorang-sorang dok mengeluh sebab letih kaki.  Khilfi siap terkencing atas tilam sebab penat sangat kot. Mujur dia tidur atas tilam nipis.

Tu yang Abah kata, Abah bangun sebelum subuh tengok ada orang mandi.  Abah ingatkan ammi, tapi apakejadahnya ammi mandi seawal itu di hari Ahad...lagi pun bukan ada aktiviti tambahan pun ahakssss..

Rupanya Khilfi yang tersedar dan dia basuh cadar, selimut, baju dia bagai.  Mujur dia dah tahu dan faham bab-bab najis ni...jadi dia bilas bersih dulu sebelum masuk dalam machine.