Masa minggu sebelum Chinese New Year tu..patutnya hari Jumaat kitorang gerak balik Seremban. Tapi dijadikan cerita last minute abah dapat satu job untuk dibuat hari Sabtu. Rezeki jangan ditolak orang kata. Makanya kita balik Seremban lepas Abah settle jelah. Ingatkan petang boleh sampai Seremban...sekali sampai Seremban lebih kurang pukul 10 malam. Takpe...janji balik berjumpa adik-beradik.
Masuk je rumah, Allahhhhhh auto sebak. Terbayang muka mama. Selalu kalau ammi balik mama akan tunggu walaupun dah kata takyah tunggu, kitorang ada kunci. Tetap gak mama tunggu, gate dah siap dibuka tinggal parking kereta je. Tapi mama hanya pinjaman dari Allah, sampai masa Allah menjemputnya semula. Redha.
Ahad pagi tu ammi gi sarapan dengan adik ammi dan anaknya. Last ammi balik Seremban bulan 9 ke 10 ntah. Lepas tu sibuk dengan periksa anak-anak, bola dihujung minggulah, itu ini... hmmm
Uihhh...makin menembun badan si Arjuna ni. Ingatkan dia tak suka chapati...dia layan rupanya.
**************************************************
Lepas sarapan kitorang pun pergilah ziarah pusara arwah Aca, Mama & adik ammi.
Arwah Aca & Mimi dikawasan perkuburan yang sama di Makam Haji Said, arwah mama pula di Ainsdale.
Assalamualaikum ahli kubur...
Ke kubur arwah mama (Muslimah binti Wirio) dulu sebab jauh sikit. Nampak gayanya pihak yang menguruskan pemasangan kepuk belum buat kerjanya. Lama dah kami bayar sebab katanya dorang je yang boleh buat kepuk. Ikut spec yang sama je semua. We wait and see.
Kubur Arwah Aca (Arshad bin Abdullah)..
Lama dah ammi tak jenguk semenjak makam ditutup. Rumput disekitar kawasan dah meninggi. Haritu masa pergi tak bawak apa-apa tools pun dalam kereta, kalau tak boleh gak gunting.
Kubur arwah adik ammi..(Premila binti Arshad)
*******************************************************
Balik dari makam, abah & ammi dropkan anak-anak dirumah dan kami ke pasar cari lauk. Lama weiiii dapur rumah arwah mama tak berasap. Bawang sebijik pun takde sebab adik ammi memang tak masak. Dia tinggal sorang je so balik kerja dia tapau je terus. Lagipun dia bukan sejenis yang pemakan sangat.
Masak simple-simple je dengan Kyra & Alya (anak along) pastu makan dengan anak-anak buah dan abang ipar. Nasiblah along ammi sebab dia kerja. Tak dapat nak rasa kesedapan air tangan adik dia ni hahahhaha...masuk bakul angkat sendiri.
Esoknya hari Isnin (hari yang patutnya ammi kerja) pagi-pagi lepas Subuh kitorang gerak ke Johor pulak.
5 Comments
Al-Fatihah kuhadiahkan buat mama Ammi.
ReplyDeleteSemoga dipercepatkan proses pemasangan kepuk tu, dah lama habis pkp, patut kerja dah boleh gerak.
Dapat balik sekejap dan dapat ziarah kubur pun jadilah walaupun sekejap je.
ReplyDeleteal fatihah..... :-(
ReplyDeleteSelagi ada peluang kan Amie, balik laa kan.. baca capati tu, adeii terasa plak nak makan capati...
ReplyDeleteSayu rasanya mengenang orang yang telah tiada, hanya mampu ziarahi pusara.
ReplyDelete