Teringin Ikan Bakar

Khamis lepas (10/2/2022) ammi berpuasa ganti sebab ammi pun tak ingat ammi dah habis ke belum ganti.  Alih-alih abah & Khilfi pun nak puasa sama.  Ok onzzz.

Pukul 1 boss dah suruh ammi balik sebab dia kata dia akan stay back sampai malam.  Dia nak settlekan "cross-examination" dia untuk trial minggu ni.  Dah suruh balik....kemas barang balik jelah.  Masa otw turun lift tu macam *** ting *** dapat idea nak gi buat facial.  Lama sungguh tak berfacial.  

Call amoi (Coey) facial tu tanya dia free ke tidak dia kata free dan ammi terus je order grab direct ke salon dia.  Salon dia dekat je dengan rumah.  Berkira juga nak balik solat dulu ke terus pergi ke..tapi ammi pergi terus sebab kalau dah balik dulu confirm tak keluar lagi dah.

Coey:  Eh perempuan....kenapa muka macam ni?

Ammi:  Face mask la..hantu betul.  Sakit tau.

Coey:  Betullah...ramai yang keluar "jelawat" batu macam U.

Settle disanitize semua pergilah berbaring dan serah muka kat Coey.  Ammi ni selesa sangat berfacial dengan dia..pejam celik dah 10 tahun ammi facial dengan dia.  Dah cuba facial kat saloon lain tapi hmmmmm...tak kena.  Part blackhead paling ngeri kalau dengan dia..selagi tak habis selagi tu dia tak lepaskan hidung ko.

********************************************

Sampai rumah mandi, zohor bagai pastu abah tanya nak buka apa.  Ammi terus je jawab ikan bakar sebab dari haritu macam terbayang-bayang ikan bakar yang sedap.  Abah tanya lagi..nak beli ikan apa?  Makan luar jelah.... jadi kalau makan luar biasanya kitorang akan buka dirumah dulu ala kadar..solat Maghrib pastu baru keluar.  Takdelah rasa terkejar nak buka, nak cari surau bagai.  Tenang sikit hidup.

Hujan pulak time kitorang nak keluar tu.  Lebat pulak tu tapi redah jugaklah dengan harapan kat KL nanti tak berapa nak hujan.  Tapi hujan jugak. Lalu celah-celah lorong kat Kampung Bharu banyak kedai yang ada ikan bakar nampak full.  Hujan-hujan ni malas nak tunggu-tunggu kang basahlah, licinlah...cari yg mudah je.

Lalu kat Raja Muda Musa nampak kedai tepi jalan ni UNCLE D'S SEAFOOD & GRILL belasah je janji ada ikan bakar.  Kita pun bukan tau apa rasa ikan bakar kat kedai lain.

UNCLE D'S SEAFOOD & GRILL


Ambil 2 ekor sotong besar ni untuk digoreng tepung.. harga dalam RM55.  Ammi suka sotong goreng tepung camni compared to yang tepung penuh gemuk tu.

UNCLE D'S SEAFOOD & GRILL

Siakap bakar harga dalam RM45.00.
Sedap juga bumbu ikan bakarnya.  

UNCLE D'S SEAFOOD & GRILL


Ini nasi goreng udang galah Khilfi.  Harga RM15.00.  Nampak sedap nasinya tapi ntahlah..ada rasa yang kurang kat situ.  Rasa hangit-hangit pun ye jugak.

Ammi order juga sup tulang dan sayur campur.

Sup tulang dia fail... sejuk gila daging yang belah dalam.  Sejuk bukan sebab terdedah kat luar tapi masih rasa sejuk baru keluar fridge. Agaknya dia keluarkan dari fridge yang dah siap rebus pastu perangatkan aje tapi tak cukup panas.

Total bill kami termasuk nasi putih & air adalah RM164.00.  Jadilah dapat makan ikan bakar walaupun ada yang kurang disana-sini.  Nak dapat perfect semua lauk sedap memang payahlah kan. 

Post a Comment

15 Comments

  1. tu la. bila makan di luar ada je makanan yg x menepati citarasa kita sdgkan harganya mahal. sabar je la..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. sotong ni...mmg sedap. tak muak bila makan

      Delete
  3. Terus teringin nak makan sotong goreng tepung..tapi nak buat sendiri...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi kalau buat sendiri mcm lemau je sotong tu.

      Delete
  4. Nak cari yang betul-betul sedap di KL ni tak taulah dekat mana. Ramai pulak share makan di restoran ikan bakar ni. Teringin pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana2 pun sebenarnya payah nak cari yg betul2 sedap. tomyam sedap mungkin masakan lain kureng, ikan bakar sedap tapi ikan stim tak sedap. gitulah

      Delete
  5. Sedapnyaaa ikan bako... part sup daging tu... err.. sy pun susah nak terima gitu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg...ammi siap mintak dia tolong panaskan semula. sebab mmg rasa sejuk sangat kat isinya

      Delete
  6. Seronok tu dapat buat facial. Service bagus, mesti ramai pelanggan dia. Tu yang boleh bertahan lama tu kan kedainya.
    Makan kat kedai ni memang ada je yang tak kena kadang. Ada yang sedap ada yang kurang. Ikut selera masing masing. Alhamdulillah..dapat jugak makan ikan bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. servis dia mmg tiptop.. massage dia mmg boleh buat kita tidur berdengkur. pernah dia ambik video ammi tidur berdengkur...h hahahha...kureng betul amoi tu

      Delete
  7. dapnya ikan bakar mcm tu....dap dap

    ReplyDelete