Pernah cuba berbekam? Ammi pernah berbekam sekali sebab selalu rasa letih, lesu, pening. Kesannya sangatlah "amazing".
Lately ni nampak ramai je atlet-atlet, artis luar negara yang buat bekam dan tak malu pun bila ada kesan bekam pada bahagian badan mereka.
Apa itu bekam
Terapi bekam adalah satu bentuk perubatan alternatif kuno yang telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu. Bekam adalah jenis perubatan yang menggunakan cawan khas pada kulit anda selama beberapa minit yang akan menyedut. Bekam dibuat bagi pelbagai tujuan antaranya untuk membantu meringankan kesakitan, keradangan, pengaliran darah, ketenangan, sebagai sejenis urutan tisu di dalam badan dan lain-lain.
Di dalam bahasa Arab ianya dipanggil "Hijama" dan kita sebut "Cupping" dalam Bahasa Inggeris.
(Credit to Shutterstock.com)
Sejarah Bekam
Tamadun Islam merupakan salah satu tamadun yang terawal dalam menggunakan kaedah bekam yang mana ianya dapat dilihat dari zaman Rasullullah ﷺ lagi.
Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ
Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.
[Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]
Terdapat juga ukiran hieroglyphic yang menterjemahkan bahawa kaedah bekam ini telah digunakan seawal 3,500 tahun yang lalu di waktu Tamadun Mesir Purba.
Tamadun China merekodkan tentang amalan bekam yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit "Pulmonary Tuberculosis", bisul-bisul, sakit kepala, sakit perut, pening dan sebagainya.
Jenis-jenis bekam
Bekam Angin (Dry Cupping)
Kaedah sedutan sahaja
Bekam Darah (Wet/Bleeding Cupping)
Melibatkan kedua-dua penyedutan iaitu angin & darah
Running Cupping
Melibatkan pergerakan cawan ke seluruh kawasan badan yang dikehendaki selepas disapu minyak
Bekam kilat (Flash Cupping)
Melibatkan sedutan cepat dan berulang kali pada kawasan badan yang sama
Namun di Malaysia dua kaedah bekam yang biasa dipraktikkan adalah bekam angin dan bekam darah.
Waktu Berbekam
Bekam boleh dilakukan pada bila-bila masa, namun waktu yang paling sesuai untuk berbekam adalah pada waktu tengahari ataupun petang.
Dan tarikh yang afdal untuk berbekam adalah pada hari ke 17, 19 dan 21 (bulan Hijrah). Terdapat hadis sahih yang menyatakan Rasullullah pernah bersabda bahawa “Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit” (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani).
Hari yang digalakkan berbekam: Isnin, Selasa dan Khamis
Hari yang tidak digalakkan berbekam: Rabu
Dari Ibnu ‘Umar RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Berbekam dilakukan dalam keadaan perut kosong adalah yang paling ideal, dimana ia akan menambah kecerdasan otak dan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menambah seorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh karena itu, barangsiapa hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Kamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jum’at dan hari Sabtu serta hari Ahad. Berbekamlah pada hari Senin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu, karena Rabu merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra, kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu.”
Bekam ketika berpuasa
Pendapat jumhur mengatakan bahawa berbekam itu tidak membatalkan puasa.
Dalil yang digunakan bagi mengatakan berbekam tidak membatalkan puasa adalah daripada Ibn ‘Abbas RA yang mana mengatakan:
احْتَجَمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya: Rasulullah ﷺ telah berbekam dan Baginda sedang berpuasa.
[Riwayat Al-Bukhari (1939), Abu Daud (2372) & Al-Tirmizi (776)]
7 Comments
Ramai kata bekam ni bagus tapi knowing SA yang penakut ni memang x tau la nak buat ke x..hahaha
ReplyDeleteBelum ada rezeki untuk cuba. Dah masuk pusat rawatan tapi ada keadaan tidak dapat buat.
ReplyDeletetak pernah lagi buat bekam angin. Bekam darah buat dekat muka hilang jerawat hehe
ReplyDeletePernah bekam dulu.. rasa lega and ringan badan..
ReplyDeleteSaya pernah buat bekam angin dan bekam darah. Bekam angin best sebab banyak angin dalam badan. Tapi bekam darah tak tahan sebab bila dia cucuk tu untuk kuarkan darah sebelum letak cup aduhaiiiii sakit. Tak tahan.
ReplyDeletetk pernh try lg
ReplyDeletetak pernah cuba ammi, mcm scary pulak nengok darah tu nanti
ReplyDelete