Bukan Sekadar Najis

 Amaran:  Posting ini mungkin menjijikkan !!!

najis, jenis-jenis najis


Najis anda adalah diri anda.  Ia adalah refleksi kepada pengambilan diet anda, minuman, ubat ubatan dan gaya hidup seharian.


Carta najis yang dikenali sebagai Bristol Stool Chart ini, merupakan rujukan untuk membandingkan ciri ciri najis yang berbeza serta terjemahan kepadanya.


😌 Najis yang NORMAL adalah jenis yang ke 3 dan ke 4, ianya lembut dan mudah di keluarkan 


😖 Jenis 1 dan 2 menunjukkan anda mengalami SEMBELIT.  Anda mengalami kesukaran untuk membuang najis dan proses menyahtinja lebih menyakitkan.


😩 Jenis 5 dan 7 menunjukkan anda mengalami CIRIT BIRIT.  Anda perlu bergegas ke tandas sebaik sahaja mula berasa sakit perut. 


Ciri ciri perkumuhan yang sihat


✅ Biasanya seseorang individu akan ke tandas selepas 30 minit mengambil makanan (biasanya sarapan)

✅ Mampu bertahan sebentar untuk membolehkan anda berjalan ke tandas dan membuka seluar

✅ Berjaya membuang najis dalam tempoh seminit sebaik sahaja anda duduk di tandas

✅ Tidak perlu meneran najis

✅ Tidak perlu kembali ke tandas semula selepas bangun dan selesai 


Ubah cara pemakanan dan gaya hidup anda untuk najis yang lembut dan lancar


Reference: Heaton, K W & Lewis, S J 1997, 'Stool form scale as a useful guide to intestinal transit time'. Scandinavian Journal of Gastroenterology, vol.32, no.9, pp.920

Post a Comment

6 Comments

  1. Thank you for sharing.. tak rasa jijik sebab gambar dalam bentuk grafik..
    Klau betul yes..haha

    ReplyDelete
  2. Info yg jarang org ambik tahu
    tp.sebenarnya sgt penting
    tqq Amni

    ReplyDelete
  3. poop ni walaupun kotor tapi ia menunjukkan kesihatan badan kita. tq ammi for sharing

    ReplyDelete
  4. good sharing... tq. tak jijik la sbb ramai yg tak berapa nak amik tau sebenarnya bab ni...

    ReplyDelete
  5. bagus info ni...at least kita tahu bila kita tak sihat dan bila kita sihat kan

    ReplyDelete