JULIANAWATI JOHAR ARIFFIN.

Kawan baik ammi dari ammi Form 1.

Masa Form 2 atau Form 3, dia tinggal sekali dengan ammi masa sekolah dulu sebab rumahnya jauh dari sekolah.  Kena naik 2 bas kalau nak ke sekolah.  Jadi Arwah Aca kata "whatever you get, Ina will get it too"..ammi bawak seringgit ke sekolah, Ina pun dapat yang sama juga".

Lepas habis Form 5 tahun 1996, ammi dapat tawaran ke ITM di Shah Alam pada 1997 dan dia ke KYPJ di Johor pada 1998.  Terpisah? Ye gitulah.  Ingat lagi Ammi dengan arwah mama dia yang hantar dia ke KYPJ untuk pertama kali tau.  Naik bas je kitorang.  Sebab itu je yang ada...ayah ammi pun takde kereta nak tolong hantar.

Tapi tahun 2002, kami bertemu semula (in fact masa sorang kat Shah Alam sorang kat Johor pun jumpa je bila cuti sem).

Bertemu sebab apa? Best friend forever mana boleh pisah jauh-jauh dan lama-lama.

Ammi start bekerja di office lama ammi tahun 2001, kebetulan tahun 2002 tu office perlukan Account Exec dan dia pun tengah cari kerja.  Ammi pun cakaplah dengan boss untuk ambil dia kerja dan boss setuju.  Ha gitu....dari hingusan membawa ke alam pekerjaan.  Nak share gambar lama tapi gambar ammi  terbolen kat kepala...tak sesuai.

Sehinggalah, tahun 2011....ammi bertukar kerja.  Dia masih kekal di office lama.  See, kami setia orangnya.

Masing-masing dah berkeluarga, masih jumpa bila berkelapangan tapi takleh nak spend masa sangat.  Paling lama ammi spend dengan dia tahun 2016 kot.  Kitorang tempah bilik kat Port Dickson pastu lepak berdua dalam bilik.  

bestie, bestfriend




Ini last ammi jumpa dia face to face.... 6/3/2021.  Dia datang ke office ammi ni dan kitorang gi lunch sesama sebab dah rindu gila kot.

Masa ni dah rupa dayang senandung dah kawan ammi ni sebab rawatan Chemotherapy dia.  Yes, she is a Stage 4 cancer fighter.  Ammi sedih je tengok dia masa ni tapi ammi buat2 lawak kata "akhirnya aku lagi cerah dari kau nok"...

Stage 4 cancer fighter



Harini Ina ni masih lagi di IKN setelah hampir 10 hari.  Keadaan dia sangat tak mengizinkan selepas baru dijangkiti Covid-19 dipenghujung Februari.  Ammi takut.  


Status dia di Facebook di awal March.  

Selepas dari pertemuan dia dengan doctor pakar dan beberapa lagi doctor di IKN, dia dah taknak bercakap dengan sesiapa, dia taknak ada pelawat.  Ammi faham.

Ammi cuma berhubung dengan suaminya aja untuk tahu perkembangan dia.

Nok,
Ohhhhh aku tak patut panggil kau camtu..

Na,
Kuatkanlah diri kalau kau masih mampu
Harraz & Zahra perlukan mamanya
Fariz, Anis & Mia pun masih perlukan mamanya juga
Abang Boy pun perlukan isterinya.
Adik-adik kau masih perlukan kaklong mereka
and I need you too


Untuk kawan-kawan blogger ammi,
Tolong doakan agar Allah sembuhkan sahabat baik ammi ni (Julianawati Johar Ariffin), agar Allah permudahkan segala rawatan dan urusannya.