Hari ini hari pertama anak-anak bersekolah bagi tahun baru. Anak-anak ammi yang disekolah rendah tiada penggiliran tahun ni sebab Khilfi darjah 6 dan Ozil di darjah 2 (tahap 1). So, no more drama "kenapa asyik-asyik Alip je kena pergi sekolah, abang tak payah pergi"... "kenapa abang tak payah sekolah agama" kenapa, kenapa dan kenapa ..... anak-anak standardlah kan.. mesti ada perasaan tak puas hati adik-beradik gitu. Macamlah kita tak pernah dengki dengan adik or kakak kita dedolu.
Kyra masih belum masuk asrama sebab sekolah masih digunakan untuk peperiksaan SPM.. di hari pertama Ramadhan nanti baru dia kembali ke asrama. Konsep bersahur di rumah, berbuka di dewan makan gitu.
Dijadikan cerita, disebabkan ammi aware dengan jadual kemasukan Kyra ke sekolah pada 3/4/2022 makanya ammi ni assume si bujang berdua ni pun akan ke sekolah secara fizikal pada tarikh yang sama. Lupa pulak mana ada SPM kat sekolah rendah (ketuk kepala sendiri). Ammi pun buat santai sehinggalah cikgu-cikgu sibuk share jadual kat group Whatsapp, siap bagi SOP..ammi macam eh apahal busy nau Whatsapp di hari Jumaat haritu. Bila baca bebetul Ya Allahhhh...hari Isnin sekolah dah ke?
Kitorang hari Sabtu baru terhegeh-hegeh nak berjalan. Abah dah book bilik. Pandai tak kitorang laki bini?
12 Comments
alhamdulillah sempat juga .. mmg takut kalau terlepas apa2 tarikh penting huhu
ReplyDeletetulah..banyak sgt group sampai tak terbaca
DeleteBila time sekolah pun dah ca ca marba apa lagi dengan mak pak pun ikut sama le kan. Kalau dulu awal tahun je masing-masing dah siap ambil cuti hantar anak sekolah ni tiba-tiba ambil cuti bulan 3. Baru nak start awal persekolahan bagi tahun 2022. Sian budak-budak dan mak pak kan. Cikgu lagi le
ReplyDeletebetul tu.. jadi keliru bila startnya, bila cutinya, terpikir pulak tahun depan naik bulan 3 gak ke?
Deletewahh semangatnya diorang nak pergi school
ReplyDeleteharuslah semangat...maknya yg tak semangat nak balut buku
Deletelum start lagi bab buku2 ni....nasib Mummy memang suka balut buku. ha ha ha...
ReplyDeletelast week memang dok gesa diaorang update kan group whatsapp & telegram sbb dua2 tukar kelas. dah besar2 ni..senang la sikit..cuma kena push & ingatkan selalu je
dah besar ok..Kyra pun aku dah takde masalah.. dia listkan apa yg tak cukup.
Deletesi kecik berdua tu (lelaki plakkan...jenis yg harap semua mak buat) yg kena monitor
SA dah tak perlu balut buku, dah tak perlu risau bab sekolah dah...Khamis ni dania pun dah settle last subjek SPM dia...lepas tu yahoooo....hahahaha..jom tengok ragam anak buah SA kat entry blog...kelakar...
ReplyDeleteuntuk Dania mesti SA pun dah lama tak balutkan bukukan. budak perempuan ni cepat matangnya...mcm Kyra dari darjah 5 dah kemas dah balutan buku dia.
DeleteKhilfi yang tahun ni darjah 6 belum pandai pun lagi...geram je masa ngajar. keras tangan ke malas nak ambil tahu ke ntahlah
ammi mesti tak perasan kat kalendar ni cuti sekolah sampai 19hb je. Kalendar kuda dana memang paling best lengkap pasal cuti sekolah hhehehhe.. tapi mujur jugak ammi perasan kan, kalau idok isnin pontengla 2 beradik tu
ReplyDeleteAmmi takde calendar kuda..
Delete