Keliru atau tak tahu?

Hari ini hari pertama anak-anak bersekolah bagi tahun baru.  Anak-anak ammi yang disekolah rendah tiada penggiliran tahun ni sebab Khilfi darjah 6 dan Ozil di darjah 2 (tahap 1).  So, no more drama  "kenapa asyik-asyik Alip je kena pergi sekolah, abang tak payah pergi"... "kenapa abang tak payah sekolah agama" kenapa, kenapa dan kenapa ..... anak-anak standardlah kan.. mesti ada perasaan tak puas hati adik-beradik gitu.  Macamlah kita tak pernah dengki dengan adik or kakak kita dedolu. 

Kyra masih belum masuk asrama sebab sekolah masih digunakan untuk peperiksaan SPM.. di hari pertama Ramadhan nanti baru dia kembali ke asrama.  Konsep bersahur di rumah, berbuka di dewan makan gitu.

Dijadikan cerita, disebabkan ammi aware dengan jadual kemasukan Kyra ke sekolah pada 3/4/2022 makanya ammi ni assume si bujang berdua ni pun akan ke sekolah secara fizikal pada tarikh yang sama.  Lupa pulak mana ada SPM kat sekolah rendah (ketuk kepala sendiri).  Ammi pun buat santai sehinggalah cikgu-cikgu sibuk share jadual kat group Whatsapp, siap bagi SOP..ammi macam eh apahal busy nau Whatsapp di hari Jumaat haritu.  Bila baca bebetul Ya Allahhhh...hari Isnin sekolah dah ke?

Kitorang hari Sabtu baru terhegeh-hegeh nak berjalan.  Abah dah book bilik.  Pandai tak kitorang laki bini?


Balik kerja hari Jumaat, pack bag "bercuti" lelaju.  Pergi 2 hari semalam jadi takdelah banyak sangat pun nak bawak baju.  Settle semua, dinner, solat bagai dah marilah Kyra kita balut buku adik-adik ni.  Kalau takde Kyra bengkok gaklah ammi.  She is such a good helper.


Buku text Khilfi memang semua perlu dibalut sebab diakan batch yang ditukar silibus pembelajarannya.  Jadi semua buku baru.  Diam tak diam dah darjah 6 si dia ammi ni.  

Buku text Ozil banyak yang dah berbalut dan cantik lagi.  So, jimat masa dan tenaga disitu.

By 10 something dah selesai membalut.  Lega....

Korang jangan jadi macam ammi tau...lempang ammi ni lelaju sikit biar rajin sikit baca group Whatsapp.

Post a Comment

12 Comments

  1. alhamdulillah sempat juga .. mmg takut kalau terlepas apa2 tarikh penting huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..banyak sgt group sampai tak terbaca

      Delete
  2. Bila time sekolah pun dah ca ca marba apa lagi dengan mak pak pun ikut sama le kan. Kalau dulu awal tahun je masing-masing dah siap ambil cuti hantar anak sekolah ni tiba-tiba ambil cuti bulan 3. Baru nak start awal persekolahan bagi tahun 2022. Sian budak-budak dan mak pak kan. Cikgu lagi le

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. jadi keliru bila startnya, bila cutinya, terpikir pulak tahun depan naik bulan 3 gak ke?

      Delete
  3. wahh semangatnya diorang nak pergi school

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah semangat...maknya yg tak semangat nak balut buku

      Delete
  4. lum start lagi bab buku2 ni....nasib Mummy memang suka balut buku. ha ha ha...
    last week memang dok gesa diaorang update kan group whatsapp & telegram sbb dua2 tukar kelas. dah besar2 ni..senang la sikit..cuma kena push & ingatkan selalu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah besar ok..Kyra pun aku dah takde masalah.. dia listkan apa yg tak cukup.
      si kecik berdua tu (lelaki plakkan...jenis yg harap semua mak buat) yg kena monitor

      Delete
  5. SA dah tak perlu balut buku, dah tak perlu risau bab sekolah dah...Khamis ni dania pun dah settle last subjek SPM dia...lepas tu yahoooo....hahahaha..jom tengok ragam anak buah SA kat entry blog...kelakar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk Dania mesti SA pun dah lama tak balutkan bukukan. budak perempuan ni cepat matangnya...mcm Kyra dari darjah 5 dah kemas dah balutan buku dia.

      Khilfi yang tahun ni darjah 6 belum pandai pun lagi...geram je masa ngajar. keras tangan ke malas nak ambil tahu ke ntahlah

      Delete
  6. ammi mesti tak perasan kat kalendar ni cuti sekolah sampai 19hb je. Kalendar kuda dana memang paling best lengkap pasal cuti sekolah hhehehhe.. tapi mujur jugak ammi perasan kan, kalau idok isnin pontengla 2 beradik tu

    ReplyDelete