Resepi ni pernah viral satu ketika dulu.  Tapi ammi ni selalunya beginilah.  Benda dah tak viral baru sibuk nak try.  Memang sejenis yang anti-climax Ammi ni.  Ahaksss..

Anak-anak yang sedang membesar ni memang asal malam je mesti keluar masuk dapur cari bahan ngonyeh-ngonyeh.  Asyik nak membeli jajan je keringlah dompet Abah & Ammi.  Jajan sekarang walaupun harga RM4.00 tapi isinya alahai...secoet je.

Baru nak masuk toilet ambil wudhu' solat Isyak tiba-tiba "ting" teringat pulak nak buat keropok ni.  Terus cakap dengan Khilfi gi kedai bawah jap cari mee jenama Numee...jenama lain taknak.  Sebab bila dah ada brand ni ammi tak guna dah mee brand lain melainkan ammi jumpa yang dikeluarkan oleh pengeluar Bumiputera.

Lepas solat, teruslah bersilat manja-manja kat dapur.

keropok numee

Selain dari 3 bahan ni ammi tambah garam dan rempah kari Ikan sikit.


Bahan:
  1. Sepeket mee (ikutlah sukatan isi rumah korang)
  2. 1 sudu teh rempah kari ikan
  3. Serbuk lada hitam
  4. Serbuk chili flakes
  5. Secubit garam
  6. Daun kari (kalau ada)

Cara:
  1. Basuh mee tu sikit dan toskan (ammi dap dengan kitchen towel je..nak cepatkan).
  2. Lepas kering, masukkan bahan-bahan perasa.
  3. Kalau rasa mee tu dah tak berminyak selepas basuh..letaklah sikit minyak
  4. Masukkan dalam air fryer, ratakan.
  5. Masak pada suhu 180 darjah selama lebih kurang  7-10 minit.  Goreng guna kuali pun boleh je.

keropok numee, air fryer

Anak-anak kata macam makan Mamee yang perisa pedas tu.  Sedap.

Dan ammi pun rasa sedap  juga.