Hari Sabtu minggu lepas,  selepas sesi membebel, menarik "sideburn", mengemas, ammi teruskan masuk "konti".  Memang ammi selalunya masuk konti setiap weekend je.  Ingatkan yang kena tarik sideburn tu merajuk..eh takkkkk.  Nak juga dia masuk dapur tolong ammi menumbuk.  Thank you Khilfi.  

Masak yang senang-senang je sebab apa barang nak duduk lelama kat dapur.  Ahaksss.


Buat kengsom tapi guna ikan talapia je instead of siakap.  Abah kata masa gi pasar tu dia geram je tengok ikan tu gemuk-gemuk.  

Terkurang nenas pulak kengsom ammi sebab lupa pulak haritu dah terguna sikit nenas dalam tin yang ada.  



Plan asal nak buat sambal ikan bilis bubuh tempe.  Tapi malas pulak nak potong cili, rebus cili, blend cili, menumis cili sampai pecah minyak bagai.  Dasar pemalas ammi ni.

Kita potong gini dan goreng jelah.


Pastu goreng bendi yang abah beli tak sampai secekak ni.  Abah ingat dalam kengsom ada letak bendi.

Dah sikit je sayurnya.  Mujur dalam kengsom dah ada kangkung.  



Ini abah yang masak.
Ammi tak kawan dengan siput-siput bagai.  Nak pegang pun tak kuasa.  

Satu pedas dan satu tak pedas.

Itulah rezeki kami di hari Sabtu yang kejap panas kejap hujan.

Psstt,
Dah berminggu ammi beli crab stick, cream cheese dengan wantan skin.  Tapi bila ntah nak sampai kerajinan nak buat resepi yang pernah viral haritu.  Ni macam dah surut je ke"viral"an resepi tu.