Kebiasaannya, ammi buat kerja melipat kain dirumah.  Bila ammi melipat either Khilfi or Kyra akan terbalikkan baju.  Ammi tinggal lipat jelah kiranya dan dorang akan susun baju sendiri ke dalam almari masing-masing.  Dan seminggu sekali biasanya ammi akan check rupa dalam almari..agak-agak serabut siap sedia "sideburn" memasing.

Semenjak bermula cuti sekolah dan memandangkan anak-anak dah besar, ammi buat undang-undang baru berkenaan melipat kain kat rumah.  No more hanya ammi sorang lipat kain or hanya Kyra lipat kain.  Sementara Kyra ada dirumah, tugas melipat kain akan dibahagikan kepada 3 orang.

Khilfi lipat baju dia sendiri

Ozil lipat baju dia sendiri

Kyra lipat baju dia, baju ammi & baju abah.

Mulanya ammi cakap dengan Kyra, dia lipat baju dia je..tapi dia sendiri yang offer untuk lipat juga baju ammi & abah.  Allah, nikmat mana lagi yang perlu didustakan.

Lipat Baju,

Ek eh si baju biru tu macam perasan pulak ammi nak ambik gambar dia curi-curi.  Dan ammi pun buat-buat main game.

Lipat Baju

Gaya macam nak mencanai roti pulak

Lipat Baju

Bersusun tulang kat belakang badan tu.

Bolehlah kan hasil lipatan dia.  Baru dia tau betapa "seronoknya" aktiviti melipat kain.  
Ni kalau tak suka-suka je tukar baju, dengan gembira campak baju masuk mesin.  Ewahhhhhh.

Lipat Baju

Siap ada bantal belakang badan tu..
Ammi rasa punya lama dia lipat baru dapat 3-4 helai sebab bila mata leka pandang tv, tangan stop bergerak.


Anak tudung ammi yang Kyra lipat.
Yang merah & hijau tu dah comel.  Yang biru kenapa menganga gitu?

Ammi dah terlebih manja dah ni.  Kyra masuk hostel semula nanti menangislah ammi sebab terpaksa ambil tugas melipat baju semula.