Sahabat baik Ammi, Julianawati, telah dijemput Allah sesudah azan Asar di petang Jumaat 11/03/2022.

Luluh hati ammi dapat panggilan dari adik bongsu arwah yang ketika itu sedang berjuang di hospital demi melahirkan zuriatnya.  Beberapa saat kemudian si suami pula menelefon ammi tapi dia tak mampu berkata-kata.  Hanya "Sheila, Sheila....abang...abang... dan dia menangis"... Allahhhhh.

Ammi di dalam LRT ketika itu..hilang rasa malu dan ammi menangis sambil berpaut pada palang besi di tepi pintu.  Gigil kaki untuk berdiri.  

Kau tinggalkan kami akhirnya Ina.  

Julianawati

Allah pilih kau di hari Jumaat.

Kami sahabat-sahabat sempat berjumpa kau dipersinggahan terakhir kau dan yang paling menyedihkan bila anak kau sebut "Mama pergi hospital tapi mama tak balik lagi"... Allah.  

Allahyarhamah selamat dikebumikan di perkuburan Sg. Machang Ulu, Lenggeng pada hari yang sama sekitar jam 10 malam.

Semoga Allah terima semua amal ibadah selama kau masih bernafas dan semoga Allah ampunkan dan gugurkan dosa-dosa kau.

Damailah disana sahabat.

Aku kehilangan sahabat yang paling dekat dengan aku, yang paling banyak tahu rahsia aku, yang paling banyak tahu masalah aku.  Lepas ni dengan sapa aku nak share?