Masa pergi ke Bukit Tinggi yang tak jadi nak masuk haritu ada singgah kat Kg. Bukit Tinggi. Abah beli halia pastu ammi nampak pucuk keledek.
(Credit to Google)
To be frank, ammi tak pernah masak or siang sendiri sayur ni. Teringat masa kecik arwah mama pernah masak, terbayang-bayang kekenyalan sayur ni. Bila dah besar macam tak perasan pulak mama masak sayur ni mungkin ammi tak dapat makan bila arwah mama masak ke sebab ammi ni dah mula duduk jauh dari mama since 1997 hinggalah kini. Masa kat U baliklah every weekend. Bila dah kahwin kena bahagikan pulak weekend yang ada.
Pernah nampak SA masak jugak kat blog dia...tapi dia tak tunjuk cara siang kot kan...ke ada?
Tapi beli jelah...tak cuba tak tahu. Siap tanya kat Aunty Cina yang jual tu cara masak.
Dia kata "manyak senang moi (dia taktau ammi pun dah sama Ahso macam dia), you ketuk itu lalic (garlic) banyak, taruk cili sama belacan. Itu saja cukup, sudah manyak sedap". You potong ini macam...siap tunjuk cara nak siang sayur ni. Bagus aunty ni.
So, dua hari selepas beli baru ammi masak.
Betullah...Manyak sedap. Nampak kuning? memang...sebab ammi guna minyak goreng ikan ahaksss.
Abah first time makan pucuk keledek and abah kata sayur ni "tough"...tak macam sayur lain yg bila dah masak tu lembik. Hahhaha.
Resepi Pucuk Keledek Tumis
Bahan-bahan
- 1 ikat pucuk keledek (siang dan basuh bersih)
- Bawang putih *
- Belacan *
- Cili padi / cil merah *
- Perasa
Cara
- Tumbuk kasar bahan bertanda * hingga wangi, garing sikit
- Masukkan sayur terpulanglah nak masukkan batang dulu ke
- Kuatkan api, perasakan
- Siap.
7 Comments
PH pun dah 2x masak sayur pucuk keledek ni, hasil kebun sendiri...anak-anak pun makan, itu yang seronok tu...
ReplyDeleteKA kalau bab ulam dan sayur kampung ni memang cepat terliur. Nasib baik la orang kampung sama kawen dengan orang kampung. Dapat rasa silang masakan tradisional
ReplyDeletesenang nak masak ni ammi rasa pun sodap
ReplyDeleteyum yum sedap tu
ReplyDeletedap dap....
ReplyDeleteYe betul..begitulah cara siangnya...kalau x nak guna pisau patah2kan aje guna jari...sedap..kalau tumbuk bawang putih, cili besar dan ikan bilis or udang kering lagi best..eh...teringin nak buat plak la...
ReplyDeleteMenarik juga sayur pucuk keledek ni. Tak pernah makan.
ReplyDelete