Pulau Pangkor ...

Lumut / Teluk Batik / Pulau Pangkor

Part 2 of 4

Settle lunch di Restoran Silaturrahim dan solat di bilik, ammi pun pack baju mandi.  Kononnya nak ke Pulau Pangkor kalau sempat naklah mandi manda di pantai.

Kami ke Jeti Marina sebab katanya trip dari jeti ke Pangkor cuma memakan masa 10 minit je.  Kalau dari 2 jeti yang lain lama sikit masanya.  Memandangkan resort kami paling memang paling hampir dengan jeti Marina takkan nak bazir masa ke jeti lain kan.

Jetty Complex Marina

Gambar sumber dari Marina

Kereta kami park diluar jeti memandangkan parking mengikut jam dah penuh.  Yelah kita pun sampai dah agak lewatkan.  Caj agak mahal tapi ada rondaan sekuriti.  Kadar caj parking boleh check disini.

Terus ke kaunter untuk pembelian tiket.  Kita kena isi dulu butiran setiap penumpang dengan menggunakan komputer yang disedikan.  Pada yang tak tahu menaip atau menggunakan komputer ada seorang pembantu disitu.  Selesai key-in semua maklumat penumpang kita "save", ambil gambar nombor booking dan logout.  Lepas tu terus ke kaunter pembelian, tunjukkan gambar yang kita save tadi dan dia akan printkan ticket.

Jetti Marina

Memandangkan kami sampai di jeti ni pun dah lebih kurang jam 2.40pm, maka ferry paling cepat yang kami boleh naik untuk ke Pulau Pangkor adalah pukul 3.15 petang dan yang paling lewat untuk pulang semula jam 6.45 petang.  Nama akan terpapar di atas tiket kita.  

Harga untuk dewasa adalah RM7 dan kanak-kanak RM2.50 bagi satu hala.  Ammi beli tiket dua hala terus sebab nanti takyah sibuk-sibuk beli tiket lagi masa nak balik.

Jetty Marina

Sempatlah dua beranak ni berpanas sebab nak melayankan si bujang kecik yang hyper nak naik tangga.

feri, pulau pangkor

Dia yang paling excited ke sana ke sini.  Yang lain kata panas, "I can't open my eyes"..ewahhhh macam lahir dekat Antartika pulak korang ni.


Lepaklah layan tekak dulu sambil menunggu masa untuk naik ferry.


Busy bincang apa ntah dua beranak ni...


Agak delay juga ferinya.  Lambat dalam 20 minit gitu.  Dah le panas macam tak berangin sangat je kat tempat menunggu ni.


Akhirnya yang ditunggu tiba.  


Dalam ferry... duduk tak ikut seat number yang diberikan pun.  Awal-awal lagi orang yang jaga tu kata "boleh duduk mana-mana, tak perlu ikut nombor"

Pulau Pangkor

Dan sampailah kami disini.  Ini kali ke-3 ammi ke Pangkor tapi kali pertama dengan Abah.  
Kali pertama ke sini stay dengan kawan-kawan dekat Teluk Nipah tahun 2000 rasanya.  Kemudian, kali kedua tahun 2006 dengan kawan sepejabat.  Masa tu kami ber"family day" di Teluk Dalam.  Tak turun kat jeti ni..turun kat jeti mana satu ntah..lupa dah.

Sampai je situ akan ada ramai orang yang tunggu kat situ offer untuk sewa kereta, motor, van.  Kami pilih untuk sewa kereta.  Harga untuk 3 jam tu RM50.00.  Kereta Iswara yang telah "dirosakkan" meter-meter agaknya.  Kami isi minyak RM10.00 je sebab meter tu terus ke E je...takde kesian langsung.

Teluk Nipah


Di Teluk Nipah.  Lembut pasirnya tapi panas wei.  Melecur rasa tapak kaki bila bukak kasut.

Pusing-pusing je dalam Pangkor tu.  Ammi nampak satu bangunan ni warna merah.  Ammi ingatkan tokong cina.  Bila Abah pusing sebab kami nak beli ikan bilis baru perasan, itu masjid rupanya.  Masjid Al-Khairiah, Sungai Pinang Kecil.

Masjid Al-Khairiah, Sungai PInang Kecil

Credit to Mamapipie

Mamapipie, ammi pinjam gambar awak tau.  Ammi google masjidnya nampak banyak gambar dari blog awak.

Masjid Al-Khairiah, Sungai Pinang Kecil


Credit to Mamapipie

Masuk ke kilang yang jual barang hasil laut.


Hambik...mana satu nak pilih.  

Kita tau ikan bilis mata biru.  Tapi bila sampai sana macam-macam mata biru ada.  Terus biru mata hitamku.

ikan bilis mata biru

Ammi beli yang dah siap kopek ni je 1/2 kilo.  Sonang kojo.

Terbayang arwah mama, kalau mama ada confirm ammi akan belikan mama yang belum kopek sebab mama cukup suka kopek ikan bilis diwaktu santai.  Memang mama takkan beli ikan bilis berkopek sebab itulah hiburan dia di petang hari, duduk di porch sambil tengok cucu main basikal.

Beli juga ikan masin untuk diri sendiri, untuk bekas pengasuh, untuk jiran depan kiri kanan.  Tiba-tiba kakak ipar masuk order ikan bilis pulak.  Mujur tempat ni terima Grab Pay, Debit Card bagai...kalau tak melepas.  Tapi kan..bayar guna Grab Pay kat Pangkor ni takde rewards tau.  Kalau tak masyuk gak pointsnya.  Ammi suka kumpul points kat Grab sebab points dia sangat berbaloi-baloi.



Nasib yang masa beli tiket kat Lumut tu ada point. 



Ammi suka signage Pulau Pangkor tu...tapi sibuklah pulak abam motor ni lalu.

Sampai sini singgah beli coklat pulak...Ammi ni sebenarnya tak alert dan tak aware pun harga coklat di darat.  Tapi dah dia kata Pulau Pangkor - Pulau Bebas Cukai ammi pun belilah sikit coklat yang akhirnya bila sampai rumah dah takde rupa asal sebab lembik kena panas.  

Sambil tunggu untuk naik feri balik, kami singgah makan laksa (kami tu Abah & Khilfi jelah)...yang lain tak berapa nak suka laksa.  Kitorang lebih pada haus je sebab panas gila.

Selesai makan, minum... kita call balik orang yang sewakan kereta tu untuk pulangkan kereta sebab feri kami pukul 6.45 petang.  Dia suruh tinggalkan aje kunci kereta dalam kereta dan tinggalkan kat tempat yang dia letak kereta tadi.  Hahhaha sonang.  Yelah sapa je nak curi kereta "antik" ni kan... kalau curi pun ke mana aje dorang nak bawak? 


Muka berminyak...berpeluh.  

Tak apa bukan selalu.

Jadi baju yang dibawa kononnya nak mandi laut apa jadi?  Jadi pemberat bahu Kyra je lah.  Mana sempat nak mandi kalau ada masa dalam 3 jam je.  

Berakhir kisah hari ini?
Belum.....lagi.



Post a Comment

38 Comments

  1. Lama dah tak pergi pulau pangkor. Last pergi waktu tadika rasanya. Menarik lah masjid tu warna merah dia memang buat kita ingat tokong cina

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya... kan sekali lalu tak perasan pun itu masjid

      Delete
  2. Cantik masjid tu, tapi kalau tengok sekali memang ingatkan tokong Cina kan...

    Memang antik betul kereta sewanya tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..nak keluar dari kereta gi beli barang takleh nak lock. sendu je

      Delete
  3. Seronoknya ke pulau pangkor, lama tak ke pangkor, bukan pangkor ja, pantai mana-mana pun lama tak sampai, ceria nampak Ammi sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. by mid of this year insyaallah dah reda boleh beranikan diri kot

      Delete
  4. Suka juga guna Grab kumpul point. Memang berbaloi-baloi.
    Kalau tunggu malam sikit boleh makan nasi goreng udang & nasi goreng sotong. Melambak udang & sotongnya. Harga pun murah.
    Nak part 3 & 4!
    He3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana yg ada udang sotong melambak tu? Pangkor?

      Delete
  5. Bestnya pergi bercuti, Kak Sheila.

    ReplyDelete
  6. bestnya jalan² ammi... cuti sekolah ari tu sy x dan nk bwk #theimans jenjalan... hujung mgu pun keja... huhu

    ReplyDelete
  7. Seronoknya cuti-cuti ke pulau
    Wah! van pink masih ada ya.
    Masa masih single pernah pergi Pulau Pangkor tulah sekali dah lupa pun ya jugak time tu gambar guna kodak lagi mana ntah gambar-gambarnya huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kalau guna gambar kodak dulu...kuning2 jadinya.

      Delete
  8. Lama gak x pi Pulau Pangkor..pergu dulu tahun 2012 ke 2014 ke ntah dah lupa...malas nak gugel...sana memang panas terik x berangin tapi ok la dah ada banyak benda tumpuan pelancong

    ReplyDelete
  9. Seronok.bercuti kat pulau. pangkor wajib la beli ikan bilis tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan bilis mata biru pujaan ramai..
      tapi harga dia pun ngeri boleh tahan

      Delete
  10. seronok ya mengikuti siri pelancungan awak ke PPangkor. Saya dulu rajin juga jalan jalan dengan ibu_suri. Sekarang lebih suka memerap di rumah.

    kata orang, berusahalah memcipta kenangan berasam insan tersayang untuk di simpan bila mereka sudah tiada lagi nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..selagi ada hayat kita cipta memori bersama.

      Delete
  11. bestnya kak, dana tak pernah sampai pangkor lagi tau....pergi sana wajibla beli bilis dan seangkatannya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg itu pun tujuannya ke Lumut..nak cari ikan bilis. tak sangka pulak cadangan diluluskan

      Delete
  12. Dah beberapa kali nak pergi, asyik tak menjadi. Kena usahakan juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena adhoc je baru jadi...kalau plan beriya-iya selalunya tak jadi. Pada ammi lah...

      Delete
  13. Last pegi Pangkor masa rombongan sekolah. Punya lah lama, sampai ada kwn serombongan yg dah meninggal covid last year.
    Zmn tu blom pandai lg nak beli ikan bilis bagai. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..zaman skolah kita reti beli jajan je. confirm akak beli satay cucuk lidi tu kan??

      Delete
  14. Syoknya Pangkor..
    Best kan sana tak bz dan tenang jaa layan laut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. busy gak mamacella..sbb ada penduduk yg mmg duduk situ. pastu ada kereta, motor, lori bagai...

      Delete
  15. semoga saya ada kesempatan dan rezeki untuk Pulau Pangkor suatu hari nanti..

    dulu pernah pergi...masa muda-muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allahh...aaminnn
      pergi dengan isteri & anak2 pulak ye lepas ni

      Delete
  16. wah bestnya! teringin nak jalan jalan perak

    ReplyDelete
  17. Betul ammi, bila ke Pangkor ni duk set nak beli ikan bilis mata biru, sekali time nak beli berjenis-jenis ikan bilis mata biru..terus berpinar mata nak pilih yang mana satu.haha...

    ReplyDelete
  18. best nyaaa pulau pangkor!! nak pergi nak pergi!

    ReplyDelete
  19. Sebelum ni ingat kena booking bagai utk sewa kereta, rupanya mudah je ye...
    Bolehlah plan day trip ke Pangkor kalau gini ;)

    p/s: Dah banyak kali PH nak komen kat blog Ammi, kali ni baru berjaya. Selalunya keluar notice 'blogger refused to connect' :(

    ReplyDelete
  20. akak pun suka kopek ikan bilis sambil2 tengok movie...mcm satu terapi..

    bestnya,.jalan2 keliling pulau..tak pernah sampai lg pulau...setakat Lumut je..

    ReplyDelete
  21. Best jejalan kt pulau pangkor . Dah lama tak turun sini

    ReplyDelete
  22. Tak pernah lagi jejak pulau pangkor. Pergi shopping ikan bilis pun okay gak ni. Cantik ikan bilisnya. Puas hati lah kalau membeli.

    ReplyDelete