Sarapan di Warung Che Bunga

Pagi Sabtu (19/3/2022), selepas Subuh bersiaplah kami untuk bergerak.  Percutian yang tiba-tiba diwaktu anak-anak nak bersekolah.  Harap-harap anak-anak takdelah penat sangat disekolah harini.

By 7.30am kitorang dah bergerak.  Masa Subuh tu ammi letak sepeket nugget dalam airfryer (untuk jadi bekalan dalam kereta sementara sarapan) sebab plan nak sarapan jauh sikit dari kawasan rumah.  Tapi takde tujuan pun lagi nak sarapan kat mana.

Pastu ammi cadang baik kita makan area Sungai Buloh, at least by the time kita sampai lokasi lain yang best kita boleh singgah makan lain pulak sebab plan nak ikut jalan lama. Google je tempat sarapan menarik di Sungai Buloh dan di first search di Google kami jumpa tempat ni.  Warung Che Bunga.  Tengok orang bagi review yang bagus...jom ke sana kita.


Memang spot untuk breakfastlah gamaknya.  Siap ada anggota Rela yang jaga parking.

Warung Che Bunga

Sampai sini better ketua keluarga ambil order ahli keluarga, ingat nombor meja, berbaris, order dan bayar.  Sebab kena order dikaunter.  Lepas tu nanti ada yang dorang hantar, ada yang dorang akan panggil nama kita, dan kita collect.  Gitu.

sarapan di Sungai Buloh

Ok, ammi suka kedai camni.  Ada banyak pilihan makanan dan harga yang berpatutan.  Nasi kerabu, nasi dagang, semua ada.  Best best.


Antara yang ammi order, roti sangkaya


Kueh tiow celup untuk Ammi


Laksam untuk Khilfi

Yang bertiga lagi tu nak makan roti canai kari kambing..

Warung Che Bunga

Luas kedainya.  Masa memula ammi sampai panjang gak beraturnya pastu reda sekejap.  Masa balik eh panjang semula.


Entah air apa aja si Ozil ni berkenan bila nampak kat menu board.  Bila dah dapat dia rasa sikit "ohhhh ini memang bukan taste dia, dan bukan taste kami".

Ai cincau cham mende ntah.  Ammi lupa pulak namanya.



Settle makan, marilah meneruskan perjalanan.

Tangan kat belakang tu geram je tau.. kasilah can sikit kat Abah & Ammi ni.


Lokasi
Warung Che Bunga
Jalan Kampung Melayu Batu 13,
47000 Sungai Buloh
Selangor

Post a Comment

8 Comments

  1. Ya allah..mee celup...dapnya...dah la tgh craving mee celup

    ReplyDelete
  2. Weh! Dekat! boleh try ni. Kami duk Subest ni je.

    ReplyDelete
  3. Ahh roti sangkaya! Saya sukaa. Terliur lah

    ReplyDelete
  4. suka kedai banyak pilihan gini, memacam ada nak berat nak ringan semua ada... kedai pun luas kak, paking luas itu best

    ReplyDelete
  5. menarik menu dia...ikut jalan lama lagi adventure..

    ReplyDelete
  6. uiihh nampak sedap menu-menu dia..suka jalan-jalan makan angin sambil cari tempat makan main redah camni..hehe..

    ReplyDelete
  7. uiihh nampak sedap menu-menu dia..suka jalan-jalan makan angin sambil cari tempat makan main redah camni..hehe..

    ReplyDelete