Dulu-dulu sewaktu office ammi di Jalan Raja Chulan ammi ni rajin juga beli breakfast dari Dunkin Donut dekat bawah The Weld tu. Ada set yang beli sandwich dan kopi cuma RM10 rasanya. Tak ingat pulak harganya.
Morning Sunny Eggs yang paling ammi suka adalah Chicken Mayo...
Semenjak office dah berpindah keluar dari Kuala Lumpur masuk ke Selangor ni ammi pun terlupa tentang sarapan dari Dunkin Donut. Pernah teringin tapi cari di Grab takde yang nearby. Sehinggalah haritu ammi nampak Nadiah Jamhari buat post pasal coffee by DD. Terus terbayang, dan membuak keinginan.
On apps grab dan ehhhhh ada. Ko rasa ammi nak lepaskan peluang itu? Nehiiiiii.
Tapi kan... ammi order dalam pukul 9.30 pagi gitu. Pastu ammi pun lekalah buat kerja lain kat office, orang call, ammi call orang bagai. Budak delivery tu pulak dah hantar call pun tidak padahal notes ammi kat situ "tinggal dilobi, call utk inform".
Hampir nak pukul 10.45 pagi boss ammi call.
Boss: Shila, did you order anything?
Shila: Nope
Boss: I saw a dunkin stuff with our address on it.
Shila: OMGGGG...yes, yes its mine.
Ammi terlupa uolllsss.
Dan boss pun bawakkanlah naik sandwich & kopi ammi yg dah hampir sejuk. Masih suam-suam gitu. Ishhhhhhh.
Dia bantai gelak kata ammi dah tua sebab lupa. Elehhhhh macamlah dia muda lagi.
10 Comments
Nasib baik bos ingatkan. Kalau tak mesti terus terlupa tentang makanan tu.
ReplyDeletetulah tu...mmg terus lupa
DeleteAlamak, nasib bos Ammi perasan, hihi.
ReplyDeletesbb dia pepagi memang kengkadang order buah..jadi kene collect kat lobby
DeleteLama tak makan brekfast Dunkin Donut ni. Esok nak cari lah.
ReplyDeletesila-sila...
DeleteSelalu pilih donut.
ReplyDeleteBoleh cuba. Baru tahu ada menu begini.
Hehe peka bos Ammi. Macam terbalik pula bos yang ingatkan setiausaha.
ha..melampaukan?
Deletenasib baik dah kenal boss dari muda sampai ke tua hahaha..
aku ada sekali gak kena mcm ni, dah siap bayar food panda main tinggal je, tercari2 aku. pas tu aku x bayar online dah, biar bayar cod je... baru reti call.
ReplyDeleteterliur tenguk tak pernah rasa. Kena cuba ni
ReplyDelete