18 Ramadhan 1422 genap setahun yang lalu, itulah kali terakhir ammi salam tangan mama, peluk dan cium mama.  

Masa tu PKP ke berapa pun ammi tak ingat tapi 16 Ramadhan tu lepas office hour ammi balik Seremban sorang naik komuter, boss ammi siap keluarkan surat kata ammi bekerja di Selangor.  Kebetulan alamat dalam IC ammi alamat Seremban.  Ammi balik sebab esoknya 17 Ramadhan, Ammi dah set appointment dengan klinik gigi untuk bawa arwah mama.  

Kisahnya, lepas arwah mama buat operation buang tumor di rahang dan pipi kanan bulan Januari 2021, ujian biopsy menunjukkan mama ada cancer.  Salivatory Duct Cancer namanya.  Rare kan?  Kemudiannya kena buat CT Scan dan hasilnya arwah mama dirujuk ke Institut Kanser Negara (IKN) untuk radiotherapy & kimotherapy.  Tapi sebelum tu mama kena cabut 5 batang gigi sebab dorang nak buat acuan mulut bagi tujuan kimotherapy.  Kiranya nanti kimo tu disasarkan ke bahagian yang kena kanser je.  

Lepas dari gigi dicabut tu mama punyalah sakit mulut.  5 batang gigi sekali cabut weiiii gila tak sakit? Ubat dari hospital dah habis tapi gigi, gusi tetap sakit.

Sudahnya ammi bawak mama ke klinik gigi swasta dan doctor check.  Katanya perlu makan antibiotik juga.  So doctor bagi ubat tahan sakit + antibiotik dan Alhamdulillah selepas 19 Ramadhan baru mama dapat berpuasa penuh.  Kalau tak tu...menjelang pukul 12 tengah hari je dah sakit bagai nak gila.  Kenalah makan ubat.  Luluhkan hati bila kita call setiap hari dengar suara mama tak sihat...sakit.  Tapi walaupun mama sakit mama tetap call ammi setiap hari tanya "buka apa harini"... "tadi sahur makan apa"..


CT scan ni buat pada 17.3.2021 kalau tak silap ammi.  Ammi balik dan bawak mama.  Balik dari hospital kitorang siap gi makan mi kari lagi.


Gambar terakhir arwah mama yang ammi capture.  Mulut mama dah tak macam biasa kesan daripada pembedahan buang tumor tu.  Nak minum pun kena pakai straw sebab saraf kat pipi tu belum kuat lagi.  Sedihnya ammi tengok gambar ni...Allahhhhh.

Ammi balik semula ke KL pada 18 Ramadhan 1422 bersamaan 30 April 2021 dan itulah kali terakhir ammi peluk cium arwah mama.  Raya pun tak boleh balik sebab tiada kebenaran merentas negeri...apa boleh buat.  Allah tentukan segalanya.

8.7.2021 semua ahli keluarga ammi di Seremban disahkan positif Covid 19.  

26.7.2021 mama pergi buat selamanya.  Pergi tanpa kami disisi, pergi tanpa dapat kami tatap wajah terakhirnya, pergi tanpa dapat kami ciumnya buat kali terakhir.

Ada kala ammi bersyukur mama tak perlu jalani kimotherapy yang menyakitkan.  Ada kala hati berkata kenapa cepat sangat mama pergi.  Masih belum redhakah ammi?