Pagi tadi topik kat dalam radio adalah bajet duit raya. Eh tiba-tiba tau macam ammi tersuka pulak dengar radio Best FM walaupun DJ dia suara kepit-kepit sikit tapi dia less iklan compared to radio lain. Dan ada masa-masanya lagu dia perghhhh menggamit zaman remaja ammi.
Pada ammi, pemberian duit raya ni bukanlah satu kewajipan di hari raya tapi amalan ni kita jadikan sebagai perkara yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Mana yang tak hulur duit raya tu bukanlah "kedekut"... tapi semua ni bergantung kepada rezeki dan kemampuan masing-masing.
Alhamdulillah setiap tahun kami suami isteri memang ada allocate duit untuk diagihkan pada anak-anak saudara, anak-anak kecil yang datang beraya dan jumlah tu tak tetap. Bergantung pada keadaan ekonomi semasa keluarga. Dulu waktu job abah masyuk lebatlah sikit jumlah dalam sampul tapi tahun ni kami decide untuk letak RM2 je dalam setiap sampul. Tapi berapa sampul setiap budak dapat tu bergantunglah. Kalau kata kami hulur 2 sampul dapatlah RM4 ye dak. Untuk anak buah yang dah sekolah menengah tu kita kasi amount lain sikit.
Duit raya pun ammi tak tukar tahun ni. Kebetulan duit raya anak-anak tahun-tahun sebelumnya masih belum dimasukkan ke bank jadi ammi tukar je. Kalau kata ambil 100 keping RM1 dari sampul duit Kyra maka ammi gantilah dengan not besar yang sama nilai. Lagipun duit-duit tu semua pun baru lagi. Ini kira duit raya tahun 2019 la kot ye sebab tahun 2020 dan 2021 budak-budak ni banyak dapat duit raya online. Mana yang ditransfer online tu ammi dah transfer ke dalam akaun masing-masing. Yang duit cash fizikal ni yang malasnya nak dibank in.
8 Comments
yela bdk2 dtg beraya kdg2 tknk mkn pn..nk duit raya...ada rezeki lebih ..bole bg lebih tp bila dgn keadaan pandemik mcm2 berlaku..rezeki masing2 kan
ReplyDeleteBetul Ammi. ikut kemampuan dan jgn sampai kita rasa terpaksa pulak...
ReplyDeleteStyle makcik Ammi tu masjid kampung kami buat gitu dulu-dulu... ikutlah brp banyak Tok Siak cekau, yang itulah kita dapat hehe...
Terlambat tukar duit raya tahun ni, semua bank kata dah habis duit baru/lama :(
betul2..semua ni rezeki.bukan kemestian pun. rumah saudara aku dulu pun ada buat lebih kurang mcm tu. dia akan buat bungkusan2...mcm hadiah. ada yg rm 1, ada yg sen2 je...nasib la...dulu la masa kita kecik2...
ReplyDeleteyang rajin bagi duit raya ni ialah ibu_suri. sekarang dia dah tiada. saya malas fikir bab bab ni.
ReplyDeleteDulu masa kecik2 kita dapat duit raya duit syiling...pun dah cukup happy dah kan...zaman sekarang ni...less than RM10 kena kecam..hahahaha...
ReplyDeleteZaman kanak-kanak dulu memang seronok pegi beraya keliling taman. Anyway comel je cara makcik nya bagi duit raya. Yang penting ikhlas kannn
ReplyDeleteDuit raya ikut kemampuan masing masing. Jangan dijadikan bebanan pulak kan. Raya raya ni nak happy happy je. Menarik betul konsep duit raya makcik Ammi. Siapa tangan besar, besarlah hasil yang dapat.
ReplyDeletetujuan tersurat bagi duit raya...angpow adalah untuk mengembirakan budak-budak...feel mereka tak sama macam orang dewasa
ReplyDelete