Ini adalah perkongsian Ustazah Mastura dari group mengaji Ammi. Mana yang kita larat buat kita buat. Pada yang bekerja macam Ammi mungkin agak payah nak baca Quran selepas solat Zohor & Asar tapi pada yang berkemampuan untuk melaksanakannya Alhamdulillah.
Checklist 20 amalan paling simple dilakukan setiap hari secara istiqamah di bulan Ramadan al-Mubarak
1. Bangun sahur
2. Tahajjud 2 rakaat sblm sahur
3. Masuk waktu subuh, solat sunat Qabliyah Subuh dahulu (lebih baik dari dunia dan isinya)
4. Solat Subuh berjemaah
5. Lepas subuh baca quran sebanyak 4 mukasurat
6. Masuk waktu dhuha, solat dhuha 2 rakaat
7. Solat sunat Qabliyah Zohor
8. Solat Zohor berjemaah
9. Solat sunat Ba’diyah Zohor 4 rakaat
10. Lepas Ba’diyah zohor baca quran sebanyak 4 mukasurat
11. Sblm Asar, solat sunat Qabliyah Asar 2 rakaat
12. Solat Asar berjemaah
13. Lepas solat Asar, baca quran sebanyak 8 mukasurat
14. Buka puasa pada waktunya (on time)
15. Solat Maghrib berjemaah
16. Solat sunat Ba’diyah Maghrib 2 rakaat
17. Solat Isyak berjemaah
18. Solat sunat Ba’diyah Isyak 2 rakaat
19. Solat Tarawih 8 rakaat dan 3 witir berjemaah
20. Lepas tarawih baca quran sebanyak 4 mukasurat
Pesanan dari Ustazah:
Sehari sejuzuk.
Yang cantik sehari sejuzuk setengah bersamaan 30 mukasurat. Sebulan khatam insyaAllah.
Jaga perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala dan bersedekahlah setiap hari walaupun hanya RM1 asalkan konsisten. Jgn biarkan hari berlalu tanpa sedekah. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Ameen
10 Comments
selamat beribadah kak sheila :)
ReplyDeleteAlhamdulilah perkongsian yang bagus ni Ammi.. thanks..
ReplyDeleteCuba buat mana yang mampu tapi istiqamah.
ReplyDeleteTerima kasih Ammi, perkongsian yg sangat baik. Mudah-mudahan mampu kita amalkan.
ReplyDeleteSelamat berpuasa buat Ammi sekeluarga.
paling simple tu yang kacang2 berat.... (cakap pada diri sendiri...)
ReplyDeleteSalam ramadhan . Semoga kita sama2 peroleh pahala berlipat kali ganda
ReplyDeletemoga kita semua isiqomah... moga ramadhan ini lebih baik dr ramadhan yg lepas..in sya Allah
ReplyDeletesalam ramadhan dear!
Salam Ramadan buat Ammi sekeluarga
ReplyDeleteSalam ramadan Ammi..
ReplyDeleteTerima kasih Ammi kongsikan. InshaAllah...
ReplyDelete