Checklist 20 amalan simple sepanjang Ramadhan

Ini adalah perkongsian Ustazah Mastura dari group mengaji Ammi.  Mana yang kita larat buat kita buat.  Pada yang bekerja macam Ammi mungkin agak payah nak baca Quran selepas solat Zohor & Asar tapi pada yang berkemampuan untuk melaksanakannya Alhamdulillah.


Checklist 20 amalan paling simple dilakukan setiap hari secara istiqamah di bulan Ramadan al-Mubarak


1. Bangun sahur

2. Tahajjud 2 rakaat sblm sahur

3. Masuk waktu subuh, solat sunat Qabliyah Subuh dahulu (lebih baik dari dunia dan isinya)

4. Solat Subuh berjemaah

5. Lepas subuh baca quran sebanyak 4 mukasurat

6. Masuk waktu dhuha, solat dhuha 2 rakaat

7. Solat sunat Qabliyah Zohor

8. Solat Zohor berjemaah

9. Solat sunat Ba’diyah Zohor 4 rakaat

10. Lepas Ba’diyah zohor baca quran sebanyak 4 mukasurat

11. Sblm Asar, solat sunat Qabliyah Asar 2 rakaat

12. Solat Asar berjemaah

13. Lepas solat Asar, baca quran sebanyak 8 mukasurat

14. Buka puasa pada waktunya (on time)

15. Solat Maghrib berjemaah

16. Solat sunat Ba’diyah Maghrib 2 rakaat

17. Solat Isyak berjemaah

18. Solat sunat Ba’diyah Isyak 2 rakaat

19. Solat Tarawih 8 rakaat dan 3 witir berjemaah

20. Lepas tarawih baca quran sebanyak 4 mukasurat


Pesanan dari Ustazah:

Sehari sejuzuk. 

Yang cantik sehari sejuzuk setengah bersamaan 30 mukasurat. Sebulan khatam insyaAllah. 

Jaga perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala dan bersedekahlah setiap hari walaupun hanya RM1 asalkan konsisten. Jgn biarkan hari berlalu tanpa sedekah. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  Ameen

mengaji kartun
(Photo credit to Google)

Post a Comment

10 Comments

  1. selamat beribadah kak sheila :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah perkongsian yang bagus ni Ammi.. thanks..

    ReplyDelete
  3. Cuba buat mana yang mampu tapi istiqamah.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Ammi, perkongsian yg sangat baik. Mudah-mudahan mampu kita amalkan.
    Selamat berpuasa buat Ammi sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. paling simple tu yang kacang2 berat.... (cakap pada diri sendiri...)

    ReplyDelete
  6. Salam ramadhan . Semoga kita sama2 peroleh pahala berlipat kali ganda

    ReplyDelete
  7. moga kita semua isiqomah... moga ramadhan ini lebih baik dr ramadhan yg lepas..in sya Allah

    salam ramadhan dear!

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadan buat Ammi sekeluarga

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Ammi kongsikan. InshaAllah...

    ReplyDelete