Semenjak kuarantin dalam bilik sensorang ni bermula hari Isnin haritu (18/4/2022), ammi terasa macam mem besar pulak.  Nak makan ada orang hantar, air orang isikan, parcel pun orang hantar sampai depan pintu.  Orang tu suami dan anak-anaklah.  Takkanlah pulak delivery boy tu nak hantar sampai depan bilik kan ahaksss.

Mujur juga kuarantin ada bertemankan laptop, ada internet, ada handphone.  Bayangkan yang kena kuarantin di tempat yang takde akses macam ni 24 jam x 7 hari.  Perghhhhhh.  Silap haribulan lepas habis kuarantin kena gi refer ke bahagian Psikiatri pulak.

Eh tersasar dari tujuan pulak.  Nak cerita pasal benda lain.

Ammi terima dah hadiah dari CCL lanjutan dari GA yang dia buat sempena 1st anniversary dia haritu.  Alhamdulillah rezeki lagi di bulan Ramadhan.

winner, giveaway

Lawa kotaknya.  Abaikan jelah meja kecik ammi buat ambik gambar ni.  Dok dalam bilik ni kalau tak katil, meja kecik ni jelah yang ada.



Gitu bukaan kotaknya.


Ada sekotak Kurma Ajwa, 3 keping face mask dan hand gel.  Ammi pun taktau apa bau nya sebab tersumbat hidung ni tapi biasanya produk Bath & Body Works ni memang wewangi semuanya.

Lega dapat makan kurma sebab "orang yang kat luar" yang jaga kita tu selalu aje lupa nak bekalkan kurma untuk kita bersahur dan berbuka kat dalam ni.  Kita ni nak mintak itu nak mintak ini kesianlah pulak kat dia.  Kita pun faham macam mana level multitasking seorang lelaki dan seorang perempuan.  Bukan nak complain tapi itu memang dah terbuktikan.  Lelaki tak boleh buat 2-3 kerja sekali harung.  Jam kepala otak dorang hahahah.

Ni tengah membayangkan juga apa rupa rumah bila ammi keluar dari sarang hari Ahad nanti.  Kena istighfar banyak-banyak duduk dalam bilik ni.  Semoga istighfar tu nanti membantu sampai hari ammi keluar dari sarang. 


Alhamdulillah.
Semoga dimurahkan rezeki buat Yana & suami.  Semoga Allah merahmati perkahwinan korang dan dikurniakan dengan zuriat yang comel-comel.