Majlis Berkhatam Al-Quran bukanlah sekadar majlis meraikan pengkhatam dengan kita menjamu pulut kuning beserta rendang seperti biasa kita lakukan dan kita lihat.  Bila kita buat kerana "trend" dan tanpa tahu tujuan asal ia samalah seperti kita buat sesuatu yang kita tak tau sebabnya.

Majlis khatam Al-Quran adalah majlis yang sangat dituntut, samalah juga konsepnya seperti Majlis Graduasi.  Majlis yang meraikan kejayaan kita kerana berjaya menamatkan pelajaran, berjaya menggenggm segulung diploma, ijazah, ijazah sarjana dan sebagainya.

Banyak sebenarnya kelebihan yang boleh kita perolehi dari majlis yang penuh barokah ini. Sahabat Rasulullah sering mengadakan majlis khatam.  Rasulullah bersabda “sesiapa menghadiri atau menyaksikan majlis khatam al-Quran seumpama menghadiri pembahagian Ghanimah (harta rampasan perang).  Manfaatnya sama seperti orang yang membacanya.

Ibnu Abbas RA sentiasa mengutuskan khadamnya untuk mencari orang yang khatam al-Quran dan dia akan pergi menghadirinya.


Antara sebab mengapa digalakkan untuk diraikan ialah:

1.  Satu syiar Islam

Majlis itu sebagai satu syiar Islam yang mesti kita sokong.  Ianya sama seperti syiar untuk berkumpul mengerjakan solat sunat hari raya sehinggakan wanita yang uzur haid pun diajak datang bersama ketempat solat, walaupun dia tidak solat.  Orang yang meraikan syiar Allah ialah orang yang benar-benar bertaqwa.


2.  Dihadiri Malaikat

Majlis itu dihadiri oleh seramai 70 ribu malaikat Allah yang akan mengaminkan doa di majlis khatam.  Malaikat, iaitu makhluk Allah yang suci dan tidak buat maksiat pada Allah.  Apabila hadir, kita juga akan duduk bersama-sama makhluk Allah yang suci itu.


3. Doa Yang Sangat Dimakbul

Doa dalam majlis itu sangat makbul.  Sesiapa sahaja yang berdoa, pasti dimakbulkan.  Dalam sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh seorang tabiin, Rasulullah bersabda, Barangsiapa yang mengkhatam Al-Quran bila-bila masa saja pada waktu tengah hari (waktu siang sebelum Maghrib), para malaikat akan berselawat ke atasnya sampai waktu petang.  Jika dia khatam pada waktu malam, maka para malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga pagi”.


4.  Rahmat Allah

Turunnya rahmat Allah seperti yang disebut dalam hadis bahawa apabila Al-Quran dibacakan, maka Rahmat Allah turun.  Apabila membaca Al-Quran, rahmat akan turun sebanyak mana Al-Quran itu dibaca.


5.  Doa Yang Mustajab

Doa dalam majlis itu mustajab kerana malaikat akan mendoakan bersama-sama.  Sesiapa pun boleh berdoa terutamanya orang yang khatam Al-Quran.  




Oleh itu, kita digalakkan menghadiri majlis khatam Quran, walaupun bukan diri sendiri yang mengkhatamnya. Jika orang itu yang khatam, maka dia lebih lagi digalakkan untuk meraikan pengkhataman Al-Qurannya itu.

“Allahumma sholli ‘ala syayidina muhammadin ‘abdika wa rosulikannabiyyil umiyyi wa ‘ala alihi wa shohbihi wasaliiman"


Ini adalah perkongsian yang telah diizinkan dari Ustazah Mastura (ustazah yang memimpin ammi dan rakan-rakan lain di kumpulan Nur Al Insyirah)