Kenapa tak sama?

Ini bukan lunch ammi harini tau korang.

Ini gambar lunch ammi minggu sebelum berpuasa tu.

Ammi sebenarnya jarang lunch di pejabat sebab agak susah bukan agak tapi memang susah nak cari kedai makan yang diyakini halal di sekitar kawasan office ammi.  Kalau sesekali lapar ammi order lah dari Grab atau Shopee Food.

Disebabkan minggu lepas agak busy jadi hormon lapar tu cepat pulak keluar.  Pukul 11 lebih dah lapar level pedih-pedih perut.  Ehhhh ngengada pulak perut ni.  Kalau dekat pukul 3 baru ammi rasa camni biasanya ammi relax je lagi bolehlah cover lapar tu dengan oats 3 in 1.  Tapi baru pukul 11 dah serupa gini baik makan je terus...

Taknak makan nasi sebab balik karang nak dinner nasi lagi.  So, ammi tengok ada wrap dan ammi pun belilah.  

Texas Chicken

Gambar ammi screenshot dari website jenama itu sendiri.  Nampak menyelerakan, cantik je.  

Kalini sampai je ammi terus turun untuk ambil dan buka plastik untuk makan.  Takut gak terjadi macam kes teringin tapi lupa haritu.  Buka je kotak dia ammi terus jadi macam hermmmmmmm...

Texas Chicken

Liat sungguh wrap tu.  Pastu secebis sayur pun takde.

Rasanya belum pernah lagi ammi kalau order makanan ammi buat pilihan taknak sayur.


Texas Chicken

Ayam dia besarlah..tapi bila dah banyak sangat jadi muak pulak makan dengan wrap yang liat tu.  Tapi dah belikan...nak buang gitu je sayanglah pulak.  Makanlah juga pelan-pelan macam makan chewing gum.

Harga termasuk delivery adalah RM20.90.

To be franked pada Ammi sebenarnya jenama kat atas ni adalah antara solusi terbaik untuk avoid dari pergi ke 2 lagi restoran dibawah ni.  Itu kalau kita dine in la.  Taktau pulak bila order untuk delivery dia jadi begini.

Dannnnnn

Perasan tak lately ni kebanyakan fast food yang "sangat famous" dah tak menepati standard mereka.  Ammi dah 3 kali makan di restoran ayam goreng menjilat jari paling top di Malaysia (3 outlet berbeza) dan ternyata ada yang kurang dari segi rasa.  Size lagilah tak payah diceritakan.  

Pastu di restoran famous yang warna Merah Kuning tu pun sama juga.  Kawan ammi ada share gambar baru ni di FB dia order dari branch di Bandar Utama.  Cuma ada secoet mayonis je ditengah burger tanpa sebarang sayur.  Masa ammi makan di restoran tu itself dia R&R Sungai Besi oklah rasa burger, ayam bagai cuma carbonated drinks dia je yang takde rasa gas.  Tau kan rasa bila minum air gas?  Rasa sensasi tajam-tajam bila air masuk kat tekak...ni takde rasa tu.  Terasa macam ko minum air teh o je feeling dia.

Kenapa ye?

Kepada 3 jenama di atas... we didn’t pay a penny less but why did you give us less than what we expected?

Post a Comment

23 Comments

  1. Uncle memang rijek kalau wrap yg liat2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah beli sayanglah pulak nak buang...rezeki

      Delete
  2. sy benci betul kalau peniaga / penjual tak ikhlas mcm ni. tak kira laa yg ada nama ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni outlet yg tak menjaga standard..ginilah jadinya

      Delete
  3. Aduhai…memang jauh beza sungguh rupa sebenar dengan iklan.
    Saya pernah jugak beli air karbonat kat McD tapi takde rasa gas. Kebetulan sempat rasa sebelum bergerak, terus pergi mintak tukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak tukar juga, tapi dapat yg rasa serupa. kehabisan gas rasanya haha

      Delete
  4. Sedihkan klau dapat macam tu.. lagi-lagi bayar mahal tapi dapat mcm hampeh..
    Frankly speaking for me Texas x sesedap mana.. I only like the muffin.. lain tak..
    Other fast food yg Ammi mention pun aini perasan byk lain dah.. sizes, sayur mcm nk xnk letak je..mayo ciput je letak..
    So far setiap kali order Raja Burger tu x penah mengecewakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak sesedap mana tapi kalau diberi pilihan antara ayam menjilat jari dan tanda M besar tu...ammi pilih TC. ayam dia gemuk2 sikit

      Delete
  5. Harga sama saiz semakin kecil.. Harga bertambah saiz tetap kecil. Kita pun kecil hati juga..

    ReplyDelete
  6. Saya perasan sekarang ni tak berbaloi beli fast food! Sakit hati.

    ReplyDelete
  7. Kebanyakan gitu ya, di sini juga sering pas liat iklan kok menarik, pas diorder kok beda, hihihi.
    Kadang juga dikasih ayam goreng yang warnanya gelap gitu, kayak ayam goreng yang udah digoreng kedua kalinya, hiks

    ReplyDelete
  8. Kena buat aduan.
    Teruk rupa. Sayur langsung tiada.
    Patut disenaraihitam beli.

    ReplyDelete
  9. penjual fast food pun dah terjangkit virus meniaga tak ikhlas ni ye. harga makin mahal, kualiti makin kurang. dah lama juga tak makan. so far masih berpuas hati dengan subway je. eh, tapi tu fast food ke?

    ReplyDelete
  10. betul ammi, geram sebab kita bayar dia dahlah lebih dari kedai lain.

    ReplyDelete
  11. mungkin pekerja belum terlatih atau tidak ikut SOP dalam penyediaan makanan tersebut

    ReplyDelete
  12. Memang makin menjadi-jadi pula servis diorang ini.. Macam ada masalah dalaman yang teruk.. Bila makanan yang dibeli dah tak menepati harga yang dibayar memang jadi geramlah.. Nampaknya bukan bandar besar je bermasalah.. Dekat tempat Sha pun sama..

    ReplyDelete
  13. Aduhai....spoil selera kalau macam ni.Baru-baru ni pernah gak kena kat drive thru dia..Beli 4 sundae cup...Kita pun sebab Q panjang..Dapat na pesanan terus gerak ke depan..Sekali baru perasan..Semua keempat-empat cup tu isinya separuh sahaja...

    ReplyDelete
  14. kenapa nampak kosong jeee tu Kakk.. indah khabar dari rupa yaa..

    ReplyDelete
  15. alamak sendunya rupa sebenar tu ammi alahaii

    ReplyDelete
  16. haih..rupa tak sama dengan dlm gambar iklan. ingat kita bayor pakai daun2 agaknya...takat ni tak pernah kena lagi macamni ammi tapi ada tengok kawan2 kat fb share gambar bila dapat apa yang di order tak sama macam dlm gambar...

    ReplyDelete
  17. adoi la..rupanya pun dah frust sgt tgk..komen padu2 skt kat bahagian review tu. x baik buat kan pembeli mcm ni. masak or prepare foods tu biar ikhlas.

    ReplyDelete
  18. Jauh beza rupa dia. Paling teruk tak ada sayur lansung. Betullah Ammi, banyak company gah semua tak jaga kualiti dah. Harga kemain semakin naik.

    ReplyDelete