Ammi pun tak tau apa yang buat ammi berkenan nak beli buku ni.  Sambil-sambil mencari bahan bacaan untuk anak akhirnya ammi pun terjebak sama membeli novel ni untuk ammi.

Tajuk: Larung
Mukasurat: 279
Penulis: Shukriah Rodzi
novel

Larung menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud keranda, peti mayat.

Buku berkonsepksn time travel ni mengisahkan tentang Shannie yang merupakan pelajar jurusan Paleontologi.  Buku ini juga membawa kita mengembara ke tahun sekitar 1130 yang mana pada ketika itu Islam belum lagi bertapak di Pulau Langkapuri (Langkawi).

Ayah Shannie, Professor Idris merupakan seorang Archeologist yang banyak mengkaji tentang tinggalan sejarah.  Disebab mereka di dalam bidang yang hampir sama ada kalanya Shannie bergabung dengan pasukan ayahnya dan pernah suatu ketika sewaktu pasukan membuat kajian di Kerajaan Kedah Purba dia terjumpa satu artifak bersejarah berupa mohor jongkong emas dengan ukiran mahkota ular berkepala lima.  

Dia juga pernah suatu hari terjumpa dengan sisik ular besar di dalam bilik bacaan ayahnya beserta nama "Angira" tercatat disitu.

Tidak berapa lama setelah menjumpai artifak berukiran ular tu Shannie jatuh sakit seakan kayap dibahagian kiri dadanya sehingga dia terpaksa ponteng kelas.  Melihat keadaan anaknya, Profesor Idris pun teringat akan seutas rantai berloket batu merah delima yang diperolehi daripada neneknya, Nek Puteh.  Hanya Profesor Idris dan Nek Puteh saja yang tahu bagaiman loket geliga ular itu boleh berada pada tangan Nek Puteh namun geliga itu boleh merawat penyakit.  Batu geliga direndam dan airnya dibuat minum dan separuh lagi disapu dibahagian yang sakit.  Yang memeranjatkan, Shannie terbangun ditengah malam kerana bermimpi ngeri.  Bermimpi tentang ular raksasa sebesar bas berkepala tedung berbadankan sawa yang membelit dan menelannya hidup-hidup.

Shannie kemudiannya mengikuti Professor Yussof dan beberapa rakan sekelas yang lain untuk membuat kajian fossil di Gua Kelawar di kaki Bukit Kilim.  Disitulah bermula episod "time travel" Shannie apabila dia akhirnya sampai ke era 1130M di mana rupanya sangat menyerupai Baiduri Sari, puteri raja yang dijadikan santapan ular penjaga keselamatan Langkapuri.  Penduduk kampung amat terkejut bilamana Puteri Baiduri Sari yang baru saja dipersembahkan buat Saktimuna (ular raksasa dilaut) muncul dalam keadaan yang selamat.

Apa kaitan rantai delima ular, Baiduri Sari, Shannie dan Angira...kenalah baca.

Best sangat buku ni.  Sehari je ammi baca.

novel shukriah rodzi