2 minggu sudah komputer ammi kat office cranky.  Dahlah boss takda kat office sepanjang minggu.  Dia terrorlah sikit bab-bab IT ni.  File explorer ammi hang.  Yang lain-lain ok je.  Boleh guna Google untuk surf, boleh guna Outlook, boleh buat benda lain selain dari File Explorer.  Buka working folder je terus hang.  Aterrr kalau manjang hang macam mana teman nak buat kerja.  Dahlah kerja banyak.

Esoknya ammi datang office bawak laptop office yang kat rumah. Boss memang letak folder kerja kat OneDrive cloud jadi kita boleh access dari PC / laptop yang dah diauthorize.  Laptop ni memang boss suruh ammi tinggal kat rumah je untuk standby sekiranya tiba-tiba takleh masuk office, tiba-tiba PKP.  Haaaa kes ginilah.

 


Buat kerja dilaptop, pastu compare dengan PDF copy di desktop.  Itu jelah cara yang ammi boleh fikir.  Nak split screen kat laptop macam alahaiiiii mende apa je ko nampak nanti.  Semak rasanya otak kerja dengan benda penuh atas meja.


Dah nak dekat pukul 4.  Cuaca nampak cerah kat luar tapi guruh dah hebat berbunyi.  Masa shutdown laptop boleh pulak dia meragam camni.  Ehhhh berapa lama da ammi nak tunggu awak shutdown.  Main-main pulak.  Dekat 10 minit...ahhh lantaklah.  Ammi tutup je terus.  Tak kuasa nak tunggu ko.

Awak dah lama tersadai kat rumah tak buat kerja...sekali ammi bawak masuk office suruh buat kerja sikit je pun dah demam.  Ngengada ye awak.  Malu je body dah tough, rupa dah ganas tapi lembik.