Pernah tak sewaktu kita bersolat kita terlupa kita dirakaat keberapa.
Sewaktu solat tiba-tiba kita teringat ada perkara yang perlu kita buat. Masa tengah solat tulah segala mak nenek to-do lists masuk dalam kepala. Masa tu juga dapat idea nak masak apa.
Tengah solat tu rasa nak kentut, pastu terfikir "eh aku kentut ke tadi?"
Sewaktu kita sedang solat pun sebenarnya kita terdedah kepada gangguan syaitan. Dan tugasan mengganggu umat Islam yang sedang solat ini diberikan kepada syaitan yang bernama Khanzab. Memang tugasnya adalah mengganggu kita walaupun ketika kita sedang solat. Jahat sungguhlah hai.
Bagaimana cara kita nak melawan Khanzab?
Rasullullah SAW pernah memberitahu Uthman bin Abi al-Asr agar membuat perkara berikut untuk menghalau syaitan Khanzab.
- Membaca Ta'awuz (Ø£َعُوذُ بِاللَّÙ‡ِ Ù…ِÙ†َ الشَّÙŠْØ·َانِ الرَّجِيمِ)
- Kemudian ludah ke bahagian kiri kita sebanyak 3 kali (ludah isyarat ye, bukan ludah betul buang kahak)
- Teruskan bacaan solat.
Sekiranya belum mula bersolat makan bolehlah dimulai dengan
- Membaca Ta'awuz
- Kemudian ludah ke bahagian kiri 3 kali
- Membaca Ayatul Kursi 1 kali
- Membaca Surah An-Nas 1 kali
- Teruskan niat dan solat
Insyaallah dengan cara di atas keupayaan si Khanzab ni terbatas.
(sumber dari Google)
Semoga kita semua lebih khusyuk solat selepas ini.
2 Comments
kdg2 abe kie pun diganggu oleh syaitan khanzab ni. Isshhh! Geram tul!
ReplyDeletetq ammi mmg jahat si khanzab ni, bolehlah amalkan perkara kat atas tu nanti
ReplyDelete