Bangun pagi tadi tiba-tiba rasa rindu pulak kat arwah bapa mertua ammi.
Masa mandi, masa on the way ke kerja kat mata ni macam terbayang-bayang je muka Abah. Terbayang cara abah duduk sambil hisap rokok di depan beranda rumah.
Gambar bulan Dec 2017. Abah gigih datang dari Melaka sebab nak hantar kami berdua di airport. Abah kata abah seronok sangat tengok anak-anak abah dapat pergi umrah, buat haji.
Abah duduk atas wheelchair ni pun sebab kitorang paksa. Dia beriya kata dia larat jalan, larat berdiri. Memanglah masih larat berjalan bagai tapi airport tu besar kot. Abah jalan kejap berhenti kejap.
Ni gambar terakhir kami bersama-sama.
Ammi balik je dari umrah 30.12.2017 tu abah terus call tanya taknak balik Melaka ke...badan terasa penat tapi tak sampai sungguh hati bila orang beriya-iya nak jumpa.
Abah kata abah teringin sangat nak makan kat kedai adik abah jadi jomlah kita ke sana. Seronok abah dapat jumpa dengan adik perempuannya.
Dua minggu selepas tu tiba-tiba abah tak sihat di waktu Subuh. Abah di bawa ke Hospital Alor Gajah dan terus ditransfer ke Hospital Melaka. Kitorang ni bergegas dari KL balik ke Melaka.
Masa nak naik ambulans dari Hospital Alor Gajah ke Melaka tu abah siap jalan kaki je masuk dalam ambulans tu. Abah siap gamit ammi tanya "where's my handsome boy"...si Ozil la tu. Atuk memang panggil dia handsome boy. Atuk cium-cium si Ozil dan bila ambulan bergerak kitorang adik-beradik pun follow dari belakang.
Tiba-tiba 2-3 hari di ward keadaan abah jadi kritikal. Abah ditukar dari ward biasa ke ICU. Keadaan jantung tak stabil, oxygen tak stabil. Berapa hari jugaklah kitorang berumah tangga kat Hospital Melaka tu.
Pastu adalah kejadian ammi sound secara lembut je aunty security guard yang jaga bilik ICU tu sebab ammi fahamkan bahasa tamil dan dia tengah mengata kitorang. Katanya dalam bahasa dia "kenapa satu-satu orang nak masuk baca doa, baca dari luar tak boleh ke?" Kita masuk sorang-sorang bila ada peluang, baca yassin ke apa yang patut. Ehhhh abah kita kan..kalau korang pun mesti buat benda yang sama kan.
Ammi ingat lagi ayat ammi kat dia...ammi cuba sedaya upaya cakap Tamil...apa pelat yang keluar time tu taktaulah. Asal korang paham je sudah.
"Dalam ICU tu bapa kitorang, kalau dalam tu bapa awak, awak boleh duduk luar ketawa-ketawa ke? Tak bolehkan? Mesti awak nak masuk dalam tengok jugakkan?"
Bila ammi tegur dia barulah dia cakap sorry dan bercakap sambil senyum sebab dia tau ammi faham apa yang dia cakap dengan geng-geng dia.
Jam sekitar 12pm hari Sabtu (27.1.2018), kami semua adik-beradik diminta berkumpul sebab tak ada tindak balas positif dari abah. Kami redha. Doctor kata habis je ubat abah lagi 1 jam doctor tak akan tambah lagi sebab dah tak nampak chances. Tapi kalau kitorang insist untuk ditambah ubat doctor akan tambah. Tapi dah dengar penerangan doctor, penerangan adik ipar ammi yang juga doctor kami redha.
Itu hari terakhir kami cium abah.
Khemah terakhir untuk arwah abah. Laju je polis Melaka ni buat kerja.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abah, Mohamad Jamil bin Baba.
Al-Fatihah
Hajat abah untuk disemadikan disebelah kubur arwah Mak berjaya disempurnakan padahal arwah mak dah 36 tahun meninggal.
Kubur abah di tepi dinding...yang di depan ni kubur arwah mak.
Makcik (mak tiri) sompek motik cili ateh kubur mak
(2.2.1942 - 27.1.2018)
2 Comments
Semoga roh abah mertua Ammi ditempatkan di kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh, Amiiinnn.
ReplyDeleteAlfatihah untuk arwah ayah mertua kak Ammi. Rezeki dapat in laws yang baik dan layan menantu macam anak sendiri
ReplyDelete