Betapa Adilnya Allah Buat Para Wanita

Ramai wanita yang mengadu bahawa susah menjadi wanita, lihat saja aturan-aturan dibawah ini :


  1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
  2. Wanita perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
  4. Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada lelaki.
  5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
  6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada istrinya.
  7. Talak terletak di tangan suami dan bukan istrei.
  8. Wanita tersekat-sekat dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas.
  9. dan lain-lain.


Tetapi… PERNAHKAH KITA LIHAT RAHSIA DAN HIKMAHNYA?

  • Benda yang mahal harganya akan dijaga rapi dan ditutupi serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita

  • Wanita perlu khidmat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib khidmat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?

  • Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahwa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah anda bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya

  • Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja, iaitu:  Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

  • Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah tanpa perlu mengangkat senjata.

  • Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.  Ertinya , bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.


MasyaAllah… ! Demikian sayangnya ALLAH Subhanahu wa Ta'ala kepada wanita.

Wahai wanita, syukurilah semua keistimewaanmu.

Yakinlah bahawa sebagai Zat yang Maha Pencipta sudah pasti Allah Maha Tahu akan segala yang diciptakan-Nya sehingga peraturan-Nya adalah yang terbaik bagi manusia.

Saya akhiri dengan sebuah hadith Rasulullah SAW:

Rasulullah s.a.w bersabda: Jika seorang wanita solat lima waktu, berpuasa sebulan, menjaga kehormatan dirinya, dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga kamu yang kamu inginkan".

(Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)


Perkongsian oleh :Iqbal Zain Al-Jauhari

Post a Comment

5 Comments

  1. Bertuahnya kita yang bernama wanita, apatah lagi jika bergelar wanita solehah :)

    ReplyDelete
  2. Semoga lebih ramai perempuan di luar sana sedar akan kelebihan dorang berbanding lelaki.

    ReplyDelete
  3. subhanallah... good sharing!

    ReplyDelete
  4. itulah jd perempuan ni kena kuat.. semoga byk pahala yg kita dpt bila berkahwin ni

    ReplyDelete