Minggu lepas selepas ammi up post tentang normalkah anak-anak lelaki bergaduh, malam keesokannya sewaktu anak-anak sedang menonton TV dan ammi tengah membaca buku waktu tu ammi tengok adegan yang alahai sejuk mata memandang.

Jarang berlaku sebenarnya 2 ketul anak lelaki ammi ni berpelukan di waktu mereka dalam keadaan "sedar".  Selalunya masa tidur je nampak dorang berpelukan.  Tu pun kadang-kadang tengok abang peluk kaki adik, adik peluk kaki abang sebab ntahlah macam mana boleh tidur berpusing-pusing dua beradik ni.

Dalam entry lama ammi, ramai yang komen kata itu adalah normal.  Ada anak perempuan dan lelaki yang bergaduh, ada yang perempuan sesama perempuan bergaduh.  Ammi harap memang normallah keadaan ni sebab ammi tak pernah nampak adik lelaki ammi bergaduh masa kecik.  Mungkin sebab 3 orang di atas dia adalah kakak jadi dia tak bergaduh.  


Sweet sangatlah pulak tengok bila dorang boleh duduk berdua dekat-dekat macam ni tanpa dengar bergaduh.

Kalau tak tu macam ada electric shock...asal sentuh je gaduh, asal sentuh je jerit.